Thursday, March 31, 2011

Lagi tentang Shindong

  1. Menyertai pertandingan tarian dalam Goyangsi Your Dance pada 2002 dan memenangi Johan.
  2. Menyertai SM Best Youth Contest pada 2005 dan memenangi tempat pertama untuk anugerah Best Comedian. Dia kemudiaannya menandatangani kontrak dengan SM Entertainment dan menerima latihan dalam usaha memperbaiki tariannya.
  3. Ahli kumpulan sub group Super Junior, iaitu Super Junior-T dan Super Junior Happy.
  4. 5 hari selepas Super Junior 05 debut, dia menjadi pengacara bagi Program Mnet Music M!Countdown bersama Lee Teuk dan Kangin. Mereka meneruskan mengacarakan rancangan tersebut sepanjang tahun sehinggalah Kangin digantikan dengan Eunhyuk pada pertengahan 2006. 
  5. Lebih dikenali sebagai DJ Radio rancangan MBC BoBoBo Ai Joa dan KMTV's Green Apple Sound. Dia kemudiannya meninggalkan Green Apple Sound untuk mengacarakan Stop the Boring Time Radio bersama Kim Shin Young.
  6. Debutnya di dalam bidang lakonan bermula apabila dia berlakon dalam filem sulung Super Junior iaitu Attack on the Pin-Up Boys yang ditayangkan pada 2007.
  7. Pada 2008 dia diberi watak pembantu utama dalam drama bersiri Single Daddy in Love dan turut terlibat dalam lagu-lagu soundtrack drama tersebut.

Saturday, March 26, 2011

Profil ahli kumpulan Super Junior (Shindong)


Nama sebenar; Shin Dong-hee
Nama pentas: Shindong
Nama timangan: Dolpan Ogyupsal (sejenis makanan)
Tarikh lahir: 28 September 1985
Asal: Seoul, Korea
Tinggi: 178 cm
Berat: 90 kg
Jenis darah: O
Agama: Kristian
Pekerjaan: Penyanyi, penari, pelakon, penghibur, pengacara, DJ Radio dan ahli kumpulan Super Junior T dan Super Junior Happy, rapper, koreografer dan pencipta lirik dalam kumpulan Super Junior
Warna kegemaran: Ungu
Skil: Mengacau orang, membuat 'muka', menari

Tuesday, March 22, 2011

Lagi tentang Kangin

  1. Menyertai Super Junior selepas memenangi tempat pertama pertandingan SM Youth Best Contest musim keempat pada tahun 2002
  2. Suka kecantikan semulajadi,  katanya bahagian kaki tidak boleh dibuat pembedahan, oleh itu dia suka perempuan yang berkaki cantik
  3. Pernah diletakkan di dalam satu kumpulan yang dinamakan Four Seasons yang mana setiap ahli  (Kangin, Heechul, Hero dan U-Know) mewakili setiap musim setahun. Namun kumpulan ini dibubarkan apabila Hero dan U-Know diserap masuk ke dalam kumpulan TVXQ (DongBangShinKi) pada Disember 2003
  4. Kangin dan Heechul kemudiannya diserap masuk ke dalam satu kumpulan baru, Super Junior dan terpaksa menunggu selama 2 tahun iaitu pada November 2005 untuk muncul pertama kali di rakaman album dan pentas
  5. Ahli kumpulan Super Junior T dan Super Junior Happy
  6. Sebelum menjadi ahli Super Junior, Kangin telah terlebih dahulu debut sebagai Pengacara Televisyen, Radio dan Pelakon Drama
  7. Selepas debut sebagai ahli Super Junior, Kangin menjadi ahli tetap di dalam rancangan MBC variety show untuk para artis yang dinamakan "Image Survival sehingga Februari 2006
  8. Rajin menyertai banyak variety show dan kadang-kadang menjadi ahli tetap untuk jangka masa yang pendek seperti dalam variety show Love Triangle, Star King, KBS Vitamin dan MBC Driving School bersama LeeTeuk sebagai ahli tetap
  9. Dikatakan mempunyai gaji yang paling tinggi di kalangan ahli Super Junior kerana kerajinannya menyertai banyak TV Show dan pengacaraan TV
  10. Lakonan pertamanya adalah di dalam filem 'Attack on the Pin-Up Boys yang mana hampir keseluruhan ahli Super Junior berlakon di dalam filem ini iaitu pada 2007
  11. Pernah menyertai 'We Got Married' dari Disember 2008 hingga Mei 2009 dan 'mengahwini' pelakon Lee Yoon Ji
  12. Menjadi hos bagi 2 rancangan hiburan televisyen yang popular Sunday Sunday Night Dong-An Club dan Nothing Is Impossible
  13. Muncul sebagai pelakon undangan dalam drama 'A Man and A Woman' pada 2005 dan pada 2006 melalui sitkom 'Rainbow Romance' Turut tampil sebagai pelakon undangan dalam drama 'Billie Jean, Look At Me'

Saturday, March 19, 2011

Profil ahli kumpulan Super Junior (Kangin)


Nama sebenar: Kim Young Woon
Nama pentas: Kang-in
Tarikh lahir: 17 Januari 1985
Asal: Seoul, Korea Selatan
Tinggi: 180cm
Berat: 70kg
Jenis darah: O
Ahli keluarga: Anak tunggal
Hobi: Menyanyi,berlakon, berenang
Status: Sedang menjalani latihan ketenteraan selama 2 tahun bermula 5 Julai 2010
Pekerjaan: Penyanyi, penari, pelakon, pengacara TV, DJ Radio
Nama timangan: Bear Kangin, Strenght Kangin, Raccoon, The Real Leader dan Korea No.1 Handsome Guy
Gadis impian: Kaya, berambut panjang dan lurus, dan mempunyai kaki yang cantik

Tuesday, March 15, 2011

Ahli baru U-Kiss

Kepada Kiss Me(U-Kiss fan club), adakah anda tahu yang U-Kiss telah bertukar ahli? Kim Kibum dan Alexander telah meninggalkan U-Kiss pada hujung bulan lepas dan tempat mereka telah diganti oleh seorang ahli baru yang bernama Hoon, dia berkelulusan Sarjana Pengajian Teater dari Universiti Dong Guk, mempunyai ketinggian 1.8 meter, seorang atlit taekwando dan pernah muncul dalam drama 'Athena' sebagai pengawal keselamatan presiden. Hmmm sayangnya Kibum dan Alex tinggalkan U-Kiss, kan bagus kalau diaorang masih kekal bersama dengan U-Kiss. Kalau ada sesiapa yang tahu kenapa mereka tinggalkan U-Kiss, bolehlah kongsikan disini.

Heechul cedera ketika konsert Super Show 3 di Shanghai



Kepada E.L.F (Ever Lasting Friends) yang sering menghadiri konsert-konsert Super Junior, please..please....tolong jangan lontar sebarang objek ke atas pentas. Saya tahu anda mungkin ingin menghulurkan hadiah anda kepada mereka, tetapi tolong fikirkan keselamatan mereka juga. Seperti yang Lee Teuk yang selalu katakan "Safety First". Bagaimana jika mereka sedang berlari-lari dan mereka tidak perasan hadiah anda, dan jika mereka terpijak atau terlanggar, bagaimana kalau mereka jatuh? Atau cedera? Oleh itu, fikir-fikirkanlah. Friend don't hurt friend, ok.

Saturday, March 12, 2011

Lagi tentang Yesung

  1. Pada 10 Mei 2008, dia telah dimasukkan ke dalam hospital kerana pengsan semasa menyertai marathon amal sejauh 70 kilometer.
  2. Pada 8 Ogos kemudiannya, dia sekali lagi dimasukkan ke hospital apabila terjatuh dari pentas setinggi 1.5 meter ketika melakukan rehearsal untuk konsert Music Bank. Kemalangan ini menyebabkan kecederaan lama di pinggang dan leher berulang kembali.
  3. Menyumbang lagu di dalam drama Korea, Cinderella's Stepsister (It has to be you), dan Tazza (Love really hurts).
  4. Mengacarakan program radio M.I.R.A.C.L.E For You yang mana ahli-ahli Super Junior selalu muncul sebagai tetamu. Namun terpaksa menamatkan program ini untuk menumpukan perhatian kepada album kedua Super Junior, Don't Don. Program radio ini ditamatkan secara rasminya pada 8 September 2007.
  5. Pada 6 November 2009, dia menggantikan tempat Jonghyun di dalam persembahan Shinee untuk lagu Ring Ding Dong kerana Jonghyun telah jatuh sakit.
  6. Mempunyai tangan yang kecil.
  7. Ciuman pertamanya adalah ketika tahun ke-2 High School.
  8. Ingin pergi ke Kanada.
  9. Kariernya dalam bidang lakonan bermula dengan filem Attack on the Pin-Up Boys.
  10. Menjadi ahli Super Junior dengan rasminya pada 6 November 2005.

Super Junior - 나쁜 여자 Boom Boom FMV (Rom / Eng Subs)

Thursday, March 10, 2011

Profil ahli kumpulan Super Junior (Yesung)


Nama sebenar: Kim Jong Woon
Nama pentas: Yesung yang membawa maksud 'art of voice'
Tarikh lahir: 24 Ogos 1984
Tempat lahir: Cheonahn, South Chungcheong
Jenis darah: AB
Tinggi: 178 cm
Berat: 64 kg
Ahli keluarga: Adik lelaki (Kim Jong Jin)
Warna kegemaran: Merah
Pekerjaan: Penyanyi, penari, pelakon, DJ Radio
Tentang Yesung:
  1. Merupakan salah seorang dari 3 vocalist utama di dalam Super Junior
  2. Membeli seekor kura-kura yang berharga 300,000 won dengan harapan untuk menghilangkan bosan tetapi kura-kura itu hanya duduk diam dan tidak bergerak-gerak menyebabkan Yesung bertambah bosan.
  3. Satu bilik dengan Rye Wook.
  4. Pernah menjadi DJ Radio kepada rancangannya sendiri yang dinamakan M.I.R.A.C.L.E for you yang kemudian dihentikan siarannya pada September 2007
  5. Pada 1999, menyertai pertandingan menyanyi dan memenangi emas di pertandingan  menyanyi Chun-an.
  6. Pada 2001, ibunya menghantar dia untuk menyertai uji bakat untuk SM Entertainment's Starlight Casting System dan nyanyiannya telah menyebabkan dia diterima untuk menandatanganni kontrak dengan SM Entertainment pada tahun yang sama.
  7. Pada tahun 2004, dia telah direkrut masuk ke dalam kumpulan boy band yang mempunyai ahli paling ramai di dunia, Super Junior.
  8. Ahli kumpulan Super Junior K.R.Y dan Super Junior-Happy.

Tuesday, March 8, 2011

Lagi tentang Hankyung

  1. Dia merupakan seorang penyanyi, penari, pelakon, penghibur dan merupakan artis pertama dari luar Korea yang berjaya mendapat tempat di dalam industri musik Korea.
  2. Suka berpura-pura tidak pandai bercakap Korea sedangkan dia fasih dengan bahasa tersebut.
  3. Merupakan ahli kumpulan Super Junior dan Super Junior M (Mandarin)
  4. Ketua kumpulan kepada Super Junior M dan merupakan salah seorang penari utama di dalam Super Junior
  5. Mengamalkan Chinese martial art dan merupakan pemegang obor bagi Sukan Olimpik Beijing 2008 dan merupakan ahli kumpulan boy band pertama yang terpilih di dalam sejarah.
  6. Bakatnya ditemui pada Disember 2001 di H.O.T. China Audition Casting yang berlangsung di Beijing, China dan kemudiannya menandatangani kontrak dengan SM Entertainment setahun selepas itu dan berhijrah ke Korea pada tahun 2003 untuk menerima lebih banyak pembelajaran dalam berlakon, menyanyi dan menari. 
  7. Dia dengan rasminya menjadi salah seorang ahli kumpulan boy band yang terbesar di dunia, Super Junior pada 6 Februari 2005 dan ini sekaligus menjadi perhatian pihak media kerana dia merupakan artis luar negara yang pertama berjaya 'debut' di Korea.
  8.  Saiz kasut: 42
  9. Tak suka cakap banyak dan menyukai gadis yang hormat dan kasih pada ibu bapa.
  10. Menyukai bunga lili putih dan suka makan steambot dan tembikai.
  11. Meminati Andy Lau dan suka tidur bila bad mood.

Sunday, March 6, 2011

Profil ahli kumpulan Super Junior (Hankyung)

Walaupun Hankyung hanyalah bekas ahli kumpulan Super Junior, tetapi dia tetap pernah menjadi ahli kumpulan Super Junior, jadi mari kita tengok serba sedikit tentang Hankyung.


Nama sebenar: Han Geng
Nama pentas (korea): Hankyung
Nama pentas (cina): Hangeng
Tarikh lahir: 9 Februari 1984
Tempat lahir: Mudanjiang, Heilongjiang, China
Tinggi: 181 cm
Berat: 66 kg
Jenis darah: B
Hobi: Chinese tradional ballet, bermain komputer
Ahli Super Junior: Semenjak Super Junior ditubuhkan
Kemunculan pertama: Pertunjukan fesyen pada Mei 2005
Ahli keluarga: Ibu dan ayah, Hankyung merupakan anak tunggal
Pencapaian akademik: Central University for Nationalities Beijing
Kewarganegaraan: China (Hankyung merupaka satu-satunya ahli kumpulan Super Junior yang berasal dari China)

Saturday, March 5, 2011

Lagi tentang Kim Hee Chul

Lagi tentang Kim Hee Chul:

  1. Bakatnya ditemui di Starlight Casting System pada Oktober 2002 dimana dia menyertai uji bakat bersama rakannya. walaupun dia tiba agak lambat ke tempat uji bakat, dia masih berjaya dalam uji bakat tersebut kerana tariannya. 
  2. Hee-Chul telah di tempatkan di dalam satu projek kumpulan yang dipanggil '4 Seasons' dimana kumpulan ini melibatkan Jaejoong, Yunho dan Kangin. Tetapi kumpulan ini tidak dapat ditubuhkan kerana Jaejoong dan Yunho menyertai kumpulan TVXQ yang 'debut' pada Disember 2003. Hee-Chul dan Kangin kemudiannya diletakkan di dalam Super Junior bersama 10 lagi pelatih yang lain di bawah syarikat yang sama 
  3. Kemunculan pertama: Lakonan pertamanya adalah di dalam Drama remaja 'Banolim 2
  4. Tidur 4 jam sehari
  5. Pernah terlibat dalam kemalangan pada 10 Ogos 2006 sebaik pulang dari pengebumian ayah Lee Donghae(ahli kumpulan Super Junior)
  6. Mempunyai seekor kucing Russian Blue yang dinamakan Hanjheebum sempena nama Hankyung, Typhoons of the trax, Hee Chul dan Kibum. Ia dihadiahkan oleh seseorang peminat dan berharga sekitar $500 ke $800
  7. Baru-baru ini seorang peminat telah membelikan sebutir bintang di angkasa lepas dan dinamakan dengan nama HeeChul. Ini menyebabkan HeeChul sangat terharu.


Thursday, March 3, 2011

Profil ahli kumpulan Super Junior (Kim Hee-Chul)

 
Nama sebenar: Kim Hee-Chul
Nama china: Xi Che
Turut dikenali sebagai: Heenim, Cinderella
Tarikh Lahir: 10 Julai 1983
Asal: Gangwon Do, Seoul, Korea Selatan
Keluarga: Ibu bapa, Kakak (Kim Hee Jin)
Akademik: Sang Ji Young Universiti (khusus dalam bahasa Inggeris)
Jenis darah: AB
Tinggi: 178 cm
Berat: 60 kg
Hobi: Menulis sajak, melukis komik, bermain game komputer, menyanyi dan menari
Warna kegemaran: pink, merah, hitam
Movie kegemaran: Horror movie, thriller dan komedi
Pekerjaan: Penyanyi, penari, pelakon, pengacara TV, DJ Radio, Model

Wednesday, March 2, 2011

Lagi tentang Lee Teuk


Lagi tentang Lee Teuk: 
  1. Menerangkan penukaran namanya dari Park Jun Su ke Lee Teuk sebagai nama pentas di dalam "Happy Together Friends"
  2. Pengacara M!Countdown bersama Kangin dan Shindong
  3. DJ "Kiss the Radio", ahli tetap dalam "Strong Heart/Kang Shim Jang"
  4. Kemunculan pertama ialah di dalam "2000 MBC "All about EVE"
  5. Pernah membuat pembedahan laser mata sebelum "debut" tetapi masih lagi memakai cermin mata untuk tujuan ber"fesyen"
  6. Mempunyai lesen memandu
  7. Pernah menjadi model "Pepsi"
  8. Pernah dicadangkan menjadi ahli kumpulan kepada sebuah "boy band" yang mempunyai 5 orang ahli (O-Kay) bersama Lee Dong Hae(ahli suju) tetapi idea itu tidak dilaksanakan
  9. Menjadi pengacara kepada "show"nya sendiri iaitu "Lee Teuk's Love Fighter" yang bermula pada Disember 2007, iaitu satu program TV yang membantu pasangan dalam menyelesaikan masalah mereka.
  10. Dikatakan pernah "crush" dengan Jang Nara selama 3 tahun tetapi ia sebenarnya khabar angin palsu
  11. Takut untuk bersendirian, pernah meminta Eun Hyuk dan Rye Wook untuk menemaninya di hospital
  12. Tidak suka perempuan yang membayar bil
  13. Mudah rasa sunyi
  14. Pernah terlibat di dalam kemalangan jalan raya bersama ahli kumpulan Super Junior yang lain (Shindong, Eun Hyuk dan Kyu Hyun) pada 2007