Tuesday, April 26, 2011

Lagi tentang Lee Donghae

  1. Bakat lakonannya mula diasah apabila dia mula berlakon di dalam Super Junior Horror Documentary Mystery 6 yang ditayangkan pada awal 2006 dimana di dalam cerita tersebut dia melakonkan watak seseorang yang boleh melihat hantu.
  2. Donghae juga berlakon sebagai seorang manusia yang bertukar menjadi cyborg di dalam Music Video BoA, "Key of Heart" yang membawa kepada debutnya yang pertama di dalam music video.
  3. Donghae debut sebagai seorang pelakon secara rasminya apabila dia berlakon di dalam filem pertama Super Junior "Attack on the Pin-Up Boys" pada Julai 2007 dimana dia memegang watak sebagai kawan rapat dan kawan sekelas Kim Kibum seorang pelajar sekolah tinggi yang menyiasat misteri serangan terhadap beberapa orang pelajar sekolah tinggi di bandar itu.
  4. Turut muncul di dalam Music Video "Kissing You" oleh Girl Generation pada akhir 2007.
  5. Muncul di dalam iklan pencuci muka Happy Bubble bersama Kyuhyun dan aktress Han Ji Min pada Ogos 2009.
  6. Muncul dalam Music Video Ariel Lin's Firefly bersama Siwon pada awal 2009.
  7. Pada Oktober 2009, Donghae berlakon sebagai kekasih Zhang Li Yin dalam Music Video Li Yin "Moving On".
  8. Baru-baru ini berlakon di dalam SBS Drama "It's Okay, Daddy Daughter" sebagai Choi Wook Ki, adik bongsu dari tiga orang adik beradik lelaki yang ditayangkan pada pertengahan November 2010.
  9. Telah dijadualkan untuk berlakon di dalam Drama Taiwan Extravagant Challenge (Tradisional Chinese) bersama Ivy Chen dan Siwon sebagai salah seorang dari tiga karakter utama. Ia merupakan adaptasi dari Japanese manga Skip Beat! oleh Yoshiki Nakamura.
  10. Selalu memakai topi.
  11. Donghae sangat menyukai kanak-kanak dan anak anjing.
  12. Dia nampak seperti seorang yang dingin tetapi sebenarnya seorang yang baik hati. Dia adalah seorang yang disenangi oleh orang disekelilingnya.
  13. Suka menceritakan perkara-perkara yang tidak masuk dek akal hanya untuk membuatkan orang disekelilingnya ceria dan gembira.
  14. Bila 'abang-abangnya' moody, dia akan memasakkan 'ramyun' (noodle) untuk mereka.
  15. Bila dia berjenaka dengan 'abang-abangnya' dia juga tidak akan menggunakan kata hormat (tak panggil 'hyung-abang' dah, panggil nama je).
  16. Sentiasa ingat hari jadi 'abang-abangnya' dan pernah menangis apabila diberitahu oleh Eunhyuk dan Junsu (ahli TVXQ) yang hidupnya akan berubah sebaik sahaja dia menjadi artis.
  17. Selalu menangis bila di telefon dengan ibu bapanya. (sekarang bapanya telah tiada).
  18. Suka menonton wayang terutamanya wayang dari negara lain. Peminat kepada Son Hye Gyo. Pernah mengatakan dia tidak suka berpeluk tapi dari banyak gambar-gambar yang diambil boleh dilihat yang Donghae memang suka berpeluk.
  19. Bila bersama dengan Lee Hyuk Jae (Eunhyuk) dia sangat manja dan comel. Malah dia dan Eunhyuk mempunyai nama timangan mereka sendiri iaitu EunHae (Eun-Eunhyuk, Hae-Donghae) tetapi kerana takut dimarahi dengan Siwon, maka satu lagi nama timangan diwujudkan EunSiHae, nama timangan untuk Eunhyuk, Siwon dan Donghae.
  20. Donghae mengatakan antara perkara yang paling menggembirakannya ialah menjadi sebahagian ahli kumpulan Super Junior.

Sunday, April 24, 2011

Lagi tentang Lee Donghae

  1. Ketika kecil Donghae amat berminat untuk menjadi seorang pemain bola sepak tetapi niat ayahnya yang menginginkan dia untuk menjadi seorang penyanyi menyebabkan dia menukar haluan .
  2. Pada 2001 dia meminta izin ayahnya untuk menyertai satu uji bakat dan  ayahnya dengan senang hati memberikan wang saku kepada Donghae. Walaupun berat hati untuk meninggalkan kampung halamannya, Mokpo dan berhijrah ke Seoul namun kerana ingin memenuhi hasrat ayahnya, Donghae tetap meneruskan niatnya untuk berhijrah.
  3. Pengorbanan Donghae nyata tidak sia-sia apabila dia berjaya dalam uji bakat tersebut dan diterima menyertai SME dan diberi latihan dalam menyanyi, menari dan berlakon.
  4. Donghae kemudiaannya disertai dengan beberapa pelatih SME antaranya Leeteuk diserap masuk ke dalam kumpulan antaranya 'Smile', 'OK' dan 'Pricor' namun semuanya berkubur.
  5. Namun pada 2005 Super Junior dibentuk dan Donghae merupakan antara anggota terawal menyertai kumpulan itu. Super Junior kemudiannya memenangi anugerah Kumpulan Baru Terbaik pada 2006 dan malangnya kejayaan ini tidak dapat dikongsi Donghae bersama bapanya kerana bapanya meninggal dunia beberapa bulan sebelum anugerah itu.

Thursday, April 21, 2011

Profil ahli kumpulan Super Junior (Lee Donghae)

Nama penuh: Lee Donghae (turut dikenali sebagai Donghai)
Tarikh lahir: 15 Oktober 1986
Tempat lahir: Mokpo, Jeollanam-do, Korea
Tinggi: 175cm
Jenis darah: A
Adik beradik: Seorang abang (Lee Donghwa)
Pendidikan: Myongji University
Hobi: Menari dan menyanyi
Paling rapat dengan: Eunhyuk (eunhae-merupakan panggilan nama untuk eunhyuk dan donghae) yang telah dikenali hampir 10 tahun
Gelaran/nama timangan: King of Fishy-gelarannya terhadap dirinya sendiri, sushi, hweh, ryewook's #1 fan, bada's dad, east sea, mokpo uljjang
Gadis pilihan: Berkulit cerah, bermata besar, berambut panjang dan penyayang

Friday, April 15, 2011

Lagi tentang Eunhyuk

1. Bakatnya telah terserlah sejak zaman kanak-kanak lagi apabila melihat kakaknya yang selalu berlatih untuk persembahan bakat di sekolah. Ini membakar semangat Eunhyuk untuk mencuba dan pada tahun selepas itu dia dan rakan-rakannya mengambil bahagian di dalam persembahan tarian.
2. Selain daripada menjadi ketua penari dan rapper bagi kumpulan Super Junior, Eunhyuk juga bertindak sebagai penulis lirik rap kepada kebanyakan lagu Super Junior. Antaranya ialah lagu 'Show Me Your Love' nyanyian kumpulan TVXQ yang dicipta bersama dengan Leeteuk dan Shindong. Malah lirik lagu 'One Love' juga merupakan hasil nukilannya. Lagu baru didalam album Bonamana iaitu 'A Short Journey' juga merupakan hasil tangannya.
3. Merupakan ahli tetap di dalam rancangan Star King dan Kang Shim Jang (Strong Heart) dan pengacara untuk rancangan Super Junior ForeSight bersama Leeteuk dan Kyuhyun (2010)
4. Menggantikan tempat Kangin di dalam mengacarakan Mnet M!Countdown pada akhir 2006 bersama dengan Leeteuk dan Shindong. Malah Eunhyuk turut menjadi DJ bagi rancangan Super Junior's Kiss the Radio (SUKIRA) satu rancangan yang mempromosikan music Korea. Rancangan ini telah bermula pada 21 Ogos 2006 dan menjadi salah satu rancangan radio yang paling didengari ramai. Walaubagaimanapun Eunhyuk berhenti mengacarakan rancangan ini pada 28 Februari 2011 untuk memberi fokus pada Super Junior M dan berjanji akan kembali ke rancangan ini selepas 3 bulan.
5. Bakat lakonannya terserlah di dalam filem Attack on the Pin-up Boys (Filem pertama Super Junior) pada 2007, Rainbow Romance (2006), We Got Married (2008-artis undangan untuk pasangan Alex dan Shin Ae bersama Leeteuk) dan Dream High (2011)

Tuesday, April 12, 2011

Profil ahli kumpulan Super Junior (Lee Hyuk Jae a.k.a Eunhyuk)


Nama sebenar: Lee Hyuk Jae
Nama pentas: Eunhyuk
Nama timangan: Monyet, Gem Adonis, Little Mermaid, lipas Hallyu Star, Hyojjae, Hyukgoo
Kawan paling rapat: Donghae (mempunyai nama timangan bersama dengan Donghae iaitu: Eun Hae)
Tarikh lahir: 4 April 1986
Tempat lahir: Ilsan, Gyeonggi-do, Korea
Adik beradik: Kakak (Lee Sora)
Tinggi: 176 cm
Berat: 57 kg
Jenis darah: O
Pendidikan: Paichai University
Gadis pilihan: Berkulit cerah dan comel
Lagi tentang Eunhyuk:
  1. Debut sebagai DJ Radio for KBS Super Junior Kiss the Radio (a.k.a Sukira) dengan LeeTeuk pada 21 Ogos 2006.
  2. Ahli kumpulan sub group Super Junior Trot dan baru-baru ini menyertai Super Junior M bersama Sungmin.
  3. Diterima menyertai SM Entertainment pada 2000 apabila dia berjaya dalam uji bakat anjuran SM Entertainment walaupun dia sebenarnya pernah menyertai uji bakat itu pada 1999 tetapi gagal.
  4. Selepas diterima menjadi anak didik SME bersama Sungmin dan Xiah Junsu, Eunhyuk kemudiannya menubuhkan kumpulan dan diberi peluang beraksi dalam persembahan yang dinamakan Heejun vs. Kangta Battle of the Century Pop vs. Rock. Namun kumpulan ini dibubarkan tidak lama kemudian.
  5. Keadaan ini tidak melunturkan semangat Eunhyuk dan akhirnya pada November 2005 tertubuhlah Super Junior dimana Eunhyuk diberi peranan sebagai ketua penari dan rapper.

Wednesday, April 6, 2011

Lagi tentang Pumpkin Guy (Lee Sungmin)

  1. Menyertai Super Junior selepas menjadi juara bersama dengan Donghae dalam pertandingan anjuran SM Entertainment pada 2001.
  2. Pada awal 2007, Sungmin diserapkan di dalam Super Junior T bersama 5 anggota Super Junior yang lain. Super Junior-T  membawa konsep irama trot versi baru dimana mereka amat popular dengan lagu Rokuko. Mereka juga menghasilkan single terbaru berjudul Rokuko yang terjual sebanyak 45,998 unit.
  3. Pada 2008, Sungmin diletakkan pula didalam Super Junior Happy yang menghasilkan album mini, Cooking? Cooking! yang diedarkan pada Jun 2008
  4. Menggantikan Kangin sebagai DJ Reckless Radio dan mengacarakan rancangan tersebut bersama So Young dari Girl Generation pada 2007 dan rancangan ini berakhir pada akhir Julai 2008.
  5. Paling pandai buat aegyo(berlakon comel) dikalangan ahli Super Junior.
  6. Bakat lakonannya bermula apabila dia diberi watak kecil di dalam drama Sea of Sisters sebagai Young Kang Dong-Shin.
  7. Turut muncul dalam teater Finding Lost Time sebagai pelakon undangan (Kawan kepada Micky Yuchun)
  8. Diberi peranan yang agak besar didalam filem pertama Super Junior 'Attack on the Pin-Up Boys' iaitu seorang 'pretty school boy' yang kemudiannya diserang oleh penjenayah yang tidak diketahui.
  9. Lee Sung Chul, Bi, dan Kang Ta merupakan penyanyi yang paling diminati.
  10. Jepun dan Australia menjadi tumpuan Sungmin untuk pergi melancong.
  11. Piano merupakan harta keduanya yang paling berharga.
  12. Perkataan kegemarannya ialah 'Saranghae=love'
  13. Ingin menjadi seorang artis kerana Sungmin sangat meminati muzik.
  14. Mampu bertutur dalam bahasa Jepun dan mempunyai kemahiran dalam seni mempertahankan diri dan sering menunjukkannya di dalam persembahan Super Junior.

Tuesday, April 5, 2011

Profil ahli kumpulan Super Junior (Sungmin)

 

Nama sebenar: Lee Sungmin
Nama pentas: Sungmin
Tarikh lahir: 1 Januari 1986
Tempat Lahir: Seoul, Korea
Tinggi: 175cm
Berat: 57 kg
Jenis darah: A
Zodiak: Capricorn
Ahli keluarga: Mak, ayah, adik lelaki (Lee Sungjin)
Pendidikan: Myongji University (Pendidikan Muzik)
Warna kegemaran: Pink 
Nama timangan: Pumpkin Guy, Sungmin Who's Too Cute for Us
Hobi: Menonton wayang, persembahan seni bela diri China, bermain muzik dan fotografi
Bila ditanya mengenai Super Junior, jawapan Sungmin ialah 'Super Junior is a theme park'