Monday, May 23, 2011

Lagi tentang Kibum

  1. Pada 2002, dia telah dijumpai oleh agen pencari bakat dari Korea Selatan dan dicadangkan untuk menghadiri audition untuk Starlight Casting System oleh SM Entertainment yang juga merupakan syarikat penaung kepada ramai artis terkenal Korea seperti Shinhwa, BoA dan TVXQ. Selepas menyertai SM Entertainment, Kibum kemudiannya diberi latihan di dalam aspek nyanyian, berlakon, menari, mengacara dan modelling.
  2. Sebelum debut, Kibum sering dilihat menyertai runway modelling dan muncul dalam iklan-iklan seperti KTF, C&C phone, NF Sonata, OLIVE, My Chew, Ottogi Noddle dan Elite Uniform bersama dengan seniornya iaitu BoA.
  3. Kibum debut sebagai seorang pelakon pada 21 April 2004 di dalam KBS Drama April Kiss dimana dia membawa watak Han Jungwoo. Kibum juga turut berlakon di dalam KBS Drama Sharp 2 bersama-sama dengan Go Ara dan seorang lagi ahli Super Junior Kim Heechul. 
  4. Kibum kemudiannya debut sebagai ahli Super Junior pada 2005 dan ini memberi kesan kepada karier lakonannya. Namun begitu dia masih ditawarkan peluang untuk berlakon di dalam Marrying a Millionaire dimana dia hanya muncul di dalam satu episod sahaja dengan memegang watak sebagai Kim Younghoon.
  5. Kibum juga muncul sebagai pelakon utama di dalam MBC daily sitcom Rainbow Romance bersama dengan Kim Heechul untuk 243 episod pada 2006 dan dalam tahun yang sama Kibum turut berlakon di dalam Snow Flower yang ditayangkan di SBS dan ini telah menarik perhatian ramai.
  6. Filem pertama lakonan Kibum adalah di dalam Attack on the Pin-up Boys yang mana menampilkan semua ahli Super Junior sebagai pelakonnya kecuali Kyuhyun. Di dalam filem ini, Kibum memainkan watak sebagai seorang pelajar sekolah tinggi yang menyiasat segala kejadian misteri yang berlaku di sekolah. Walaupun filem ini tidak mencapai Box-Office, kesemua DVD filem ini laris dijual dan telah memecahkan rekod carta.

    Thursday, May 19, 2011

    Profil ahli Super Junior Kim Kibum


    Nama sebenar: Kim Ki Bum
    Nama pentas: Kibum
    Nama cina: Ji Fan
    Tarikh lahir: 21 Ogos 1987
    Tempat lahir: Seoul, Korea.
    Tinggi: 179 cm
    Berat: 63 kg
    Jenis darah: A
    Keluarga: Ibu dan ayah, 1 brother, 1 sister
    Nama timangan: Snow White (diberi oleh Heechul)
    Gadis impian: Han Ga In
    Pekerjaan: Penyanyi, pelakon, penari dan model.
    Hobi: Berlatih menyanyi dan menari, mendengar muzik
    IQ: 138
    Saiz kasut: 270 cm
    Keistimewaan Kibum: Kemampuannya untuk melakukan rapping di dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana dia dibesarkan di California, Amerika Syarikat selepas keluarganya berhijrah ke sana ketika Kibum berusia 10
    tahun
    Graduate dari Santa Monica High School di California, Amerika Syarikat
    Bila bad mood: dia akan bercakap dengan kawan-kawannya
    Bila good mood: dia akan bermain komputer games
    Warna kegemaran: Pink
    Makanan kegemaran: Semuanya terutama Dokboggi 
    Impiannya ketika kecil ialah menjadi seorang President
    Impiannya sekarang ialah menjadi seorang Celebrity

    Saturday, May 14, 2011

    Lagi tentang Ryewook...

    1. Bakatnya dikesan ketika dia menyertai CMB Youth ChinChin Festival pada 2004 dan menandatanganni kontrak dengan SM Entertainment tidak lama selepas itu. 
    2. Dilatih untuk menjadi penyanyi, penari, dan pelakon namun Ryewook lebih memberi tumpuan kepada latihan vokal dan penciptaan lagu.
    3. Debut lakonannya adalah di dalam filem sulung Super Junior "Attack on the Pin-Up Boys" sebuah filem misteri komedi yang dilakonkan oleh ahli-ahli Super Junior yang mana Ryewook membawa watak sebagai naib presiden persatuan pelajar dan ini melayakkan dia untuk dicalonkan untuk anugerah Pelakon Pembantu Terbaik dan Pelakon Komedi Terbaik di Pesta Filem Korea.
    4. Ahli yang paling akhir menyertai Super Junior sebelum Kyuhyun dan beberapa minggu sebelum debut  rasmi Super Junior pada 2005.
    5. Menjadi ahli Super Junior K.R.Y pada akhir tahun 2005 dan mereka debut pada 5 November 2006 dan menjadi ahli kepada Super Junior-M pada awal tahun 2008 dan Super Junior-M debut di China pada 8 April 2008.
    6. Turut muncul dalam salah satu lagu K.Will iaitu 'Teardrops' dan merupakan ahli pertama Super Junior yang diberi peluang untuk menyanyi secara solo dalam album keempat Super Junior, Bonamana melalui lagu 'One Fine Spring Day'.
    7. Bakat mencipta lagunya terserlah melalui lagu 'Love You More' yang diselitkan dalam album repackaged Sorry Sorry dimana Ryewook menulis lagu tersebut bersama Sungmin serta menyusun muziknya.

    Monday, May 9, 2011

    Lagi tentang Ryewook...

    1. Suka makan ais krim, kimchi dengan nasi goreng, strawberi bersalut coklat.
    2. Suka dapat free make up samples.
    3. Tidak pernah membawa payung.
    4. Boleh bermain piano dengan baik.
    5. Mudah menangis.
    6. Pernah hilang kasut semasa persembahan Miracle.
    7. Tidak pernah seterika jeans yang baru dibeli.
    8. Mempunyai tahi lalat di pipi sebelah kanan tapi ia tidak kelihatan apabila dia memakai make-up.
    9. Suka memberitahu orang apa yang dimakannya pada hari tersebut.
    10. Ahli ke-2 dalam Super Junior yang most outgoing selepas Kangin
    11. Menulis lagu logo radio untuk Kangin dan Yesung.
    12. Boleh bercakap 'broken' english.
    13. Mengelarkan dirinya sebagai ahli Super Junior yang paling muda walaupun sebenarnya dia lebih tua beberapa bulan dari Kibum dan ini adalah sebelum Kyuhyun menyertai Super Junior pada Mei 2006.

    Thursday, May 5, 2011

    Profil ahli kumpulan Super Junior (Kim Rye-wook)


    Nama sebenar: Kim Rye-wook
    Nama pentas: Ryewook, turut dikenali sebagai Lixu
    Tarikh lahir: 21 Jun 1987
    Tempat lahir: Seoul, Korea
    Tinggi: 173 cm
    Berat: 53 kg
    Jenis darah: O
    Nama timangan: Ryewook On Top, Ex-maknae, Ryeonggo, Eternal Maknae(youngest)
    Pendidikan: Universiti Inha (Department of Drama & Cinema)
    Gadis idaman: Seseorang yang boleh menyanyi dengan baik
    Tentang Ryewook:
    1. Merupakan salah seorang daripada 4 vocalist utama di dalam Super Junior.
    2. Anggota kumpulan Super Junior K.R.Y dan Super Junior M.
    3. Salah seorang daripada 4 orang artis Korea yang pertama muncul di setem negara China selain dari Siwon, Donghae, dan Kyuhyun.
    4. Ahli ketiga yang paling muda di dalam Super Junior (Kyuhyun yang paling muda diikuti dengan Kibum dan seterusnya Ryewook)
    5. Boleh tidur sehingga 18 jam sehari.
    6. Paling rendah dikalangan ahli Super Junior, lebih rendah dari Donghae dan Sungmin (175cm).

    Tuesday, May 3, 2011

    Lagi tentang Choi Siwon

    1. Generasi awal Super Junior dan merupakan ahli kumpulan Super Junior-M
    2. Dalam KBS's Win-Win (Korean Variety Show) yang baru-baru ini, Siwon ada menyatakan jika dia diberi peluang untuk menginsurankan anggota badannya, dia ingin menginsuranskan bulu keningnya.
    3. Suka membaling pakaian kotornya ke dalam laundry basket dengan gaya membaling bola jaring. (dan ini perkara ini selalu diajuk oleh Donghae)
    4. Pandai meniru suara Andre Kim.
    5. Ahli Super Junior yang paling suka buat 'hand gesture'. 
    6. Popular dengan wataknya di dalam 'A battle of wits' sebagai Putera Liang Shi bersama dengan Andy Lau, filem sejarah Hong Kong 2006.
    7. Menyertai uji bakat yang ditawarkannya secara rahsia tanpa pengetahuan keluarganya kerana keluarganya merupakan orang yang berpegang kuat kepada agama.
    8. Setelah berjaya dalam uji bakat itu barulah Siwon memberitahu keluarganya dan walaupun ayahnya membenarkan dia menyertai bidang seni, ayahnya langsung tidak memberi wang saku untuk perbelanjaan Siwon dan ini menyebabkan dia terpaksa berdikari dan tinggal di asrama yang telah disediakan oleh majikannya.
    9. Turut berlakon di dalam Filem pertama Super Junior 'Attack on the Pin-up Boys'
    10. Dia juga turut popular di dalam drama televisyen dimana antara drama yang pernah dibintanginya ialah 'Eighteen, Twenty Nine' (2005), 'Precious Family' (2005), 'Spring Waltz' (2006), 'Legend of Hyang Dan' (2007), 'Stage of Youth' (2009), 'Oh My Lady' (2010) 'Athena:Goddess of War (2010) dan 'Extravagant Challenge' (2011-sedang dalam pembikinan)
    11. Memenangi 'SBS Drama Awards: New Star Awards' hasil lakonannya sebagai Sung Ming Woo dalam 'Oh My Lady' pada 2010.
    12. Ahli Super Junior yang paling kaya dan diikuti oleh Sungmin. Ayahnya, Choi Ki Ho merupakan CEO Boryung Pharmaceutical Group dan bekerja untuk Hanhwa Distribution Group.
    13. Leeteuk pernah bergurau dengan mengatakan di dalam kebanyakan gambar Super Junior, Siwon akan diletakkan di tengah-tengah untuk memberi impression kepada semua orang yang Super Junior terdiri daripada ahli kumpulan yang handsome-handsome.
    14. Siwon juga selalu muncul di dalam pelbagai katalog dan iklan. Dia turut menjadi model bersama f(x), kumpulan artis perempuan pada 3 Mac 2010 di dalam Andre Kim fashion show dan menerima banyak pujian dan perhatian media. Dia juga menjadi model kepada banyak jenama-jenama terkenal seperti Armani, Lacoste, Gucci, Evisu dan bermacam-macam lagi jenama. Baru-baru ini dia menjadi model untuk SK Telesys 'Reaction' smart phone dan lain-lain iklan telefon.

      Sunday, May 1, 2011

      Profil ahli kumpulan Super Junior (Choi Siwon)

      Nama sebenar: Choi Siwon
      Nama pentas: Si Won
      Tarikh lahir: (Tarikh lahir yang didaftarkan adalah 10 Februari 1987 tetapi Siwon sebenarnya lahir pada 7 April 1986)
      Tempat lahir: Seoul, Korea
      Adik-beradik: Adik perempuan, Choi Jiwon
      Pendidikan: Hyun Dae High School, Inha University (seni teater)
      Tinggi: 183cm
      Berat: 65 kg
      Jenis darah: B
      Nama timangan: Simba, #1 Fan of the LORD, bodyguard, gentleman, horse
      Hobi: Menyanyi, menari, menonton wayang, taekwondo, bermain dram dan permainan komputer
      Pekerjaan: Penyanyi, pelakon dan model
      Bahasa: Boleh berbahasa Korea dan Mandarin, Kantonese dan Jepun (tetapi tidak berapa fasih)
      Tentang Siwon: Merupakan salah seorang dari empat artis Korea pertama yang mukanya terpampang di setem untuk negara China selain Donghae, Ryewook dan Kyuhyun.