Friday, February 17, 2012

Profil Yoon Du Jun (Ketua kumpulan BEAST)


Nama Sebenar: Yoon Du Jun
Tarikh Lahir: 4 Julai 1989
Tempat Lahir: Seoul, Korea
Adik beradik: Seorang kakak
Jawatan: Ketua kumpulan, Vocalist, Rapper
Tinggi: 178 cm
Berat: 66 kg
Kumpulan darah: A
Zodiak: Cancer
Akademik: Joongsan High School, Kyung Hee Cyber University
Nicknama: Samcho Gongyoo
Hobi: Bermain computer game, mendengar muzik dan bermain bola
Kawan baik: Honggi (FT Island), Jun Ho(2PM), 2AM, Ga In (Brown Eyed Girls), Lee Joon (MBLAQ), Ji Hyun (4MINUTE) dan Hyo Sung (SECRET)

Sesuatu yang patut BEAUTY(nama peminat kumpulan BEAST) tahu tentang Du Jun:
1) Ahli kumpulan BEAST mengatakan dia seorang yang romantik.
2) Mengakui yang dia seorang yang mudah terharu dan mudah menangis.
3) Wataknya dalam kumpulan BEAST apabila di asrama ialah 'appa'@ayah.
4) Sangat suka minum banana milk@susu pisang.
5) Sangat suka bermain bola sepak dan self-camera(amik gambar sendiri)
6) Meminati warna merah.
7) Percaya UFO wujud.
8) Sangat meminati computer game.
9) Paling rajin berinteraksi dengan BEAUTY secara online.
10) Tidak mempercayai prinsip menyerah setelah gagal.
11) Hampir menjadi pemain bola jika tidak mengganggotai BEAST.
12) Pernah bercita-cita ingin menjadi cikgu pendidikan jasmani.
13) Ingin melancong ke Greece dan London jika diberi peluang bercuti panjang.
14) Seorang ketua yang serius dan berkeyakinan apabila di pentas.

Friday, February 3, 2012

BEAST-Korean Boy Band


Kumpulan BEAST a.k.a Boys of East Standing Tall adalah boyband dari Korea yang terdiri daripada 6 orang ahli iaitu Yoon Du Jun, Jang Hyun Seung, Yoon Jun Hyung, Yang Yo Seob, Lee Gi Kwang dan Son Dong Woon. Kumpulan BEAST telah dibentuk pada 16 Oktober 2009 oleh Cube Entertainment dimana mereka telah debut di MTV GongGae Hall dan menampilkan live performance di KBS Music Bank dengan single mereka "Bad Girl". 

Malah kisah debut mereka telah didokumentarikan dalam MTV B2ST yang mana dokumentari ini mengisahkan keakraban ahli kumpulan BEAST antara satu sama lain dan penghasilan Music Video (MV) pertama mereka. Mini album pertama mereka Beast Is the B2ST telah terjual sebanyak 20,000 salinan dalam masa sebulan. BEAST memenangi anugerah pertama mereka, Rookie of the Month for December oleh Ministry of Culture, Sports and Tourism.

Melihat kepada kejayaan mini album pertama mereka, BEAST seterusnya menghasilkan mini album kedua yang mengandungi "Shock Of The New Era", "Mastermind", dan "Lights Go on Again" yang mana mini album ke-2 ini turut terjual sebanyak 300,000 salinan dan seterusnya membuktikan betapa kumpulan ini mula mendapat tempat dihati kalangan peminat mereka (B2UTY a.k.a Beauty).

Antara anugerah yang dimenangi oleh BEAST ialah  Newcomer Award di 19th Seoul Music Awards (2010), Asia Influential Artist Award di 7th Asia Song Festival (2010), Top Asian Artist di 8th Asia Song Festival (2011), Best Male Dance Performance di 13th Mnet Asian Music Awards (2011), Song Of The Year (Fiction) di 2011 KBS Music Festival dan banyak lagi.