Friday, February 3, 2012

BEAST-Korean Boy Band


Kumpulan BEAST a.k.a Boys of East Standing Tall adalah boyband dari Korea yang terdiri daripada 6 orang ahli iaitu Yoon Du Jun, Jang Hyun Seung, Yoon Jun Hyung, Yang Yo Seob, Lee Gi Kwang dan Son Dong Woon. Kumpulan BEAST telah dibentuk pada 16 Oktober 2009 oleh Cube Entertainment dimana mereka telah debut di MTV GongGae Hall dan menampilkan live performance di KBS Music Bank dengan single mereka "Bad Girl". 

Malah kisah debut mereka telah didokumentarikan dalam MTV B2ST yang mana dokumentari ini mengisahkan keakraban ahli kumpulan BEAST antara satu sama lain dan penghasilan Music Video (MV) pertama mereka. Mini album pertama mereka Beast Is the B2ST telah terjual sebanyak 20,000 salinan dalam masa sebulan. BEAST memenangi anugerah pertama mereka, Rookie of the Month for December oleh Ministry of Culture, Sports and Tourism.

Melihat kepada kejayaan mini album pertama mereka, BEAST seterusnya menghasilkan mini album kedua yang mengandungi "Shock Of The New Era", "Mastermind", dan "Lights Go on Again" yang mana mini album ke-2 ini turut terjual sebanyak 300,000 salinan dan seterusnya membuktikan betapa kumpulan ini mula mendapat tempat dihati kalangan peminat mereka (B2UTY a.k.a Beauty).

Antara anugerah yang dimenangi oleh BEAST ialah  Newcomer Award di 19th Seoul Music Awards (2010), Asia Influential Artist Award di 7th Asia Song Festival (2010), Top Asian Artist di 8th Asia Song Festival (2011), Best Male Dance Performance di 13th Mnet Asian Music Awards (2011), Song Of The Year (Fiction) di 2011 KBS Music Festival dan banyak lagi.

3 comments: