Monday, February 21, 2011

Bahasa Korea

Bahasa yang digunakan di Korea adalah bahasa Korea. Penulisan bahasa Korea dinamakan Hangeul. Hangeul dicipta oleh Raja Sejong pada abad ke-15. Hangeul terdiri dari 10 huruf vokal dan 14 konsonan yang boleh dikombinasikan dan seterusnya boleh dicipta menjadi banyak huruf-huruf dalam bahasa Korea. Hangeul sangat mudah dibaca dan dipelajari. Hangeul juga dianggap sebagai bahasa tulisan yang paling scientific dan sistematik di dunia.
Pelajaran bahasa Korea hari ini: Annyeonghaseyo bermaksud anda apa khabar?

Sunday, February 20, 2011

Budaya masyarakat Korea dari segi pembahagian harta

Dikatakan pembahagian harta dalam masyarakat Korea amat adil dimana semua anak tanpa mengira lelaki mahupun perempuan diberikan jumlah harta yang sama banyak dengan adik-beradiknya yang lain. Tapi ia tidak selalu terjadi dimana kebanyakan ibu bapa memberikan lebih banyak jumlah harta kepada anak yang paling tua.

Saturday, February 19, 2011

Budaya masyarakat Korea tentang keturunan

Dalam budaya masyarakat Korea, keturunan atau anak dianggap anugerah yang paling tidak ternilai dari tuhan. Oleh itu, setiap keluarga disarankan mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak. Disebabkan budaya mereka yang amat menghormati anugerah dari tuhan ini, pengguguran yang secara sengaja akan diberikan hukuman yang berat, iaitu hukuman mati kepada wanita yang melakukan pengguguran itu dan orang yang terlibat juga akan dihukum. Akan tetapi, kesalahan ini tidak akan dihukum dengan hukuman mati, kecuali dibahagian kawasan pedalaman Korea di mana adat masih dipegang kuat oleh penduduk disana.