Friday, February 25, 2011

Tarikh perayaan Chuseok

Berikut merupakan tarikh perayaan Chuseok mengikut takwim Gregorian
  • 6 Okt 2006
  • 25 Sepetember 2007
  • 14 Septemebr 2008
  • 3 Okt 2009
  • 22 Sept 2010
  • 12 Sept 2011
  • 30 Sept 2012
  • 19 Sept 2013
  • 8 Sept 2014
  • 27 Sept 2015
  • 15 Sept 2016
  • 4 Okt 2017
  • 24 Sept 2018
Sehari sebelum Chuseok dan sehari selepasnya adalah hari kelepasan umum di Korea Selatan.

Wednesday, February 23, 2011

Hari kesyukuran masyarakat Korea-Chuseok

Hari kesyukuran masyarakat Korea atau Perayaan Chuseok merupakan hari penting masyarakat Korea yang mana ia disambut pada hari ke 15 dalam bulan ke 8 menurut kalendar lunar masyarakat Korea. Chuseok beerti Hari kebesaran dalam pertengahan bulan Ogos sebagai menyambut musim menuai. Perayaan ini amat istimewa bagi masyarakat Korea di mana pada hari itu mereka akan kembali ke kampung halaman masing-masing untuk menziarahi makam nenek moyang mereka.

Tuesday, February 22, 2011

Bentuk muka bumi Korea

Di Korea, 70% muka buminya terdiri daripada gunung-ganang, bukit-bukau, dan dataran tinggi. Dataran tinggi yang terkenal di Korea adalah Gaemagowon yang dipanggil sebagai 'Bumbung Korea atau Roof of Korea' dan ia terletak di sudut barat laut Korea. Gunung-ganang yang rendah terdapat banyak di daerah selatan manakala pergunungan yang lebih tinggi terdapat di bahagian utara dan timur. Dataran rendah dan perairan sungai di Korea banyak yang terletak di bahagian barat dan selatan.

Pergunungan yang tinggi terletak sepanjang jalur pergunungan Taebaek yang terbentang dari utara menuju pantai timur Korea. Beberapa gunung tinggi di jalur pergunungan Taebaek antara lain ialah Nangnimsan (2.014 m), Geumgangsan (1.638 m), Seoraksan (1.708 m), dan juga Taebaeksan (1.567 m). Terdapat juga pergunungan Sobaek yang mana terletaknya gunung Jirisan (1.915 m).