Thursday, May 5, 2011

Profil ahli kumpulan Super Junior (Kim Rye-wook)


Nama sebenar: Kim Rye-wook
Nama pentas: Ryewook, turut dikenali sebagai Lixu
Tarikh lahir: 21 Jun 1987
Tempat lahir: Seoul, Korea
Tinggi: 173 cm
Berat: 53 kg
Jenis darah: O
Nama timangan: Ryewook On Top, Ex-maknae, Ryeonggo, Eternal Maknae(youngest)
Pendidikan: Universiti Inha (Department of Drama & Cinema)
Gadis idaman: Seseorang yang boleh menyanyi dengan baik
Tentang Ryewook:
  1. Merupakan salah seorang daripada 4 vocalist utama di dalam Super Junior.
  2. Anggota kumpulan Super Junior K.R.Y dan Super Junior M.
  3. Salah seorang daripada 4 orang artis Korea yang pertama muncul di setem negara China selain dari Siwon, Donghae, dan Kyuhyun.
  4. Ahli ketiga yang paling muda di dalam Super Junior (Kyuhyun yang paling muda diikuti dengan Kibum dan seterusnya Ryewook)
  5. Boleh tidur sehingga 18 jam sehari.
  6. Paling rendah dikalangan ahli Super Junior, lebih rendah dari Donghae dan Sungmin (175cm).

Tuesday, May 3, 2011

Lagi tentang Choi Siwon

  1. Generasi awal Super Junior dan merupakan ahli kumpulan Super Junior-M
  2. Dalam KBS's Win-Win (Korean Variety Show) yang baru-baru ini, Siwon ada menyatakan jika dia diberi peluang untuk menginsurankan anggota badannya, dia ingin menginsuranskan bulu keningnya.
  3. Suka membaling pakaian kotornya ke dalam laundry basket dengan gaya membaling bola jaring. (dan ini perkara ini selalu diajuk oleh Donghae)
  4. Pandai meniru suara Andre Kim.
  5. Ahli Super Junior yang paling suka buat 'hand gesture'. 
  6. Popular dengan wataknya di dalam 'A battle of wits' sebagai Putera Liang Shi bersama dengan Andy Lau, filem sejarah Hong Kong 2006.
  7. Menyertai uji bakat yang ditawarkannya secara rahsia tanpa pengetahuan keluarganya kerana keluarganya merupakan orang yang berpegang kuat kepada agama.
  8. Setelah berjaya dalam uji bakat itu barulah Siwon memberitahu keluarganya dan walaupun ayahnya membenarkan dia menyertai bidang seni, ayahnya langsung tidak memberi wang saku untuk perbelanjaan Siwon dan ini menyebabkan dia terpaksa berdikari dan tinggal di asrama yang telah disediakan oleh majikannya.
  9. Turut berlakon di dalam Filem pertama Super Junior 'Attack on the Pin-up Boys'
  10. Dia juga turut popular di dalam drama televisyen dimana antara drama yang pernah dibintanginya ialah 'Eighteen, Twenty Nine' (2005), 'Precious Family' (2005), 'Spring Waltz' (2006), 'Legend of Hyang Dan' (2007), 'Stage of Youth' (2009), 'Oh My Lady' (2010) 'Athena:Goddess of War (2010) dan 'Extravagant Challenge' (2011-sedang dalam pembikinan)
  11. Memenangi 'SBS Drama Awards: New Star Awards' hasil lakonannya sebagai Sung Ming Woo dalam 'Oh My Lady' pada 2010.
  12. Ahli Super Junior yang paling kaya dan diikuti oleh Sungmin. Ayahnya, Choi Ki Ho merupakan CEO Boryung Pharmaceutical Group dan bekerja untuk Hanhwa Distribution Group.
  13. Leeteuk pernah bergurau dengan mengatakan di dalam kebanyakan gambar Super Junior, Siwon akan diletakkan di tengah-tengah untuk memberi impression kepada semua orang yang Super Junior terdiri daripada ahli kumpulan yang handsome-handsome.
  14. Siwon juga selalu muncul di dalam pelbagai katalog dan iklan. Dia turut menjadi model bersama f(x), kumpulan artis perempuan pada 3 Mac 2010 di dalam Andre Kim fashion show dan menerima banyak pujian dan perhatian media. Dia juga menjadi model kepada banyak jenama-jenama terkenal seperti Armani, Lacoste, Gucci, Evisu dan bermacam-macam lagi jenama. Baru-baru ini dia menjadi model untuk SK Telesys 'Reaction' smart phone dan lain-lain iklan telefon.

    Sunday, May 1, 2011

    Profil ahli kumpulan Super Junior (Choi Siwon)

    Nama sebenar: Choi Siwon
    Nama pentas: Si Won
    Tarikh lahir: (Tarikh lahir yang didaftarkan adalah 10 Februari 1987 tetapi Siwon sebenarnya lahir pada 7 April 1986)
    Tempat lahir: Seoul, Korea
    Adik-beradik: Adik perempuan, Choi Jiwon
    Pendidikan: Hyun Dae High School, Inha University (seni teater)
    Tinggi: 183cm
    Berat: 65 kg
    Jenis darah: B
    Nama timangan: Simba, #1 Fan of the LORD, bodyguard, gentleman, horse
    Hobi: Menyanyi, menari, menonton wayang, taekwondo, bermain dram dan permainan komputer
    Pekerjaan: Penyanyi, pelakon dan model
    Bahasa: Boleh berbahasa Korea dan Mandarin, Kantonese dan Jepun (tetapi tidak berapa fasih)
    Tentang Siwon: Merupakan salah seorang dari empat artis Korea pertama yang mukanya terpampang di setem untuk negara China selain Donghae, Ryewook dan Kyuhyun.