Saturday, July 2, 2011

Memperkenalkan diri dalam bahasa Korea (2)

Hai, hari ini kita akan berkongsi dengan lebih lanjut lagi tentang memperkenalkan diri di dalam bahasa Korea, so kepada sesiapa yang rasanya ada lagi nak berkongsi tentang bab memperkenalkan diri di dalam bahasa Korea, sangat-sangat dialu-alukan, ok. So, kita sambung topik kita yang lepas.
  1. Anda dari mana? - Eodi chulsin iyeyo?
  2. Saya dari New Zealand - Jeoneun nyujillaendeu eseo wasseoyo.
  3. Berapa umur anda? - Myeot sarieyo?/yeonsega eotteoke doeseyo?
  4. Anda sungguh cantik - Jeongmal yeppeu-sineyo.
  5. Anda sungguh kacak - Jeongmal jal saenggi-syeonneyo

Saturday, June 25, 2011

Memperkenalkan diri dalam bahasa Korea

Hari ni kita akan berkongsi sedikit ilmu pengetahuan tentang memperkenalkan diri dalam bahasa Korea. So kepada sesiapa yang nak berkongsi pengalaman or pengetahuan sangat, sangat dialukan...Mari kita hangatkan lagi Korean Wave di Malaysia.. :) Jom belajar bahasa Korea!!!

1. Hello! Hi! - Annyeong (haseyo)!
2. Izinkan kami untuk memperkenalkan diri - Uri sogae halgeyo
3. Bolehkah awak kenalkan kawan awak? - Chingudeul sogae jom hae jullayo?
4. Nama saya.... (nama anda) -Jeoneun....
5. Dimana awak tinggal? - Eodi sarayo?

Friday, June 17, 2011

Pertemuan pertama (2)

Bagi seseorang berjumpa seseorang yang baru dikenali mahupun kawannya ia adalah perkara biasa untuk memanggil mereka dengan panggilan 'awak' tetapi di Korea, anda harus berhati-hati apabila memanggil mereka dengan nama gelaran agar anda tidak dipanggil biadap atau kurang sopan. Kebiasaannya di Korea seseorang akan memanggil kawannya dengan panggilan Neo (ner) atau Dangsin (dahngseen) yang bermaksud 'awak'. Tetapi sebenarnya ia adalah lebih elok sekiranya anda memanggil seseorang yang anda baru kenali atau tidak biasa dengan mereka dengan memanggil nama mereka kemudian ditambah dengan Shi, contohnya Donghae-shi..