Friday, February 18, 2011

Budaya perkahwinan masyarakat Korea

Dalam budaya perkahwinan masyarakat Korea, mereka amat mementingkan kesetiaan. Bagi perempuan yang telah kematian suami,  walaupun suami mereka mati ketika muda, mereka tidak diizinkan berkahwin lagi dan mereka harus 'mengabdikan diri' melayan ayah dan ibu bekas suaminya itu. Begitu juga dengan lelaki yang telah kematian isteri, mereka juga tidak dibenarkan berkahwin lagi dan harus 'mengabdikan diri' menjaga ibu dan ayah bekas isterinya itu walaupun isterinya mati muda.

Thursday, February 17, 2011

Pakaian tradisional masyarakat Korea

Pakaian tradisional masyarakat Korea Selatan dipanggil Hanbok. Korea Utara menyebutnya sebagai Choson-ot. Hanbok selalunya mempunyai warna yang cerah dengan garis yang sederhana dan tidak mempunyai saku. Hanbok terbahagi kepada bahagian atas(Jeogori), seluar panjang untuk lelaki(Baji) dan rok wanita(Chima) Jeogori diikat dibahagian dada dan lengan bajunya agak lebar.Orang-orang dengan status tinggi serta keluarga kerajaan memakai hanbok yang diperbuat daripada kain yang berkualiti tinggi seperti bahan yang berwarna cerah pada musim panas dan kain sutera pada musim dingin. Dahulu hanbok digunakan dalam kehidupan seharian, upacara dan untuk peristiwa-peristiwa tertentu. Hanbok juga dipakai apabila ada sambutan seperti Ulang tahun anak pertama (doljanchi), pernikahan atau upacara kematian. Namun kini Hanbok jarang dipakai dalam kehidupan seharian kecuali apabila ada keramaian-keramaian tertentu.

Wednesday, February 16, 2011

Super Junior (4 kumpulan)

Super Junior juga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan-kumpulan yang kecil agar mereka dapat fokus kepada peminat-peminat yang berlainan genre musik. Terdapat 4 kumpulan kecil di dalam Super Junior iaitu:
  • Super Junior-M - fokus kepada Mandarin Chinese Industri
  • Super Junior-T -  fokus kepada lagu trot (musiknya seperti lagu-lagu pop lama Korea)
  • Super Junior-Happy- fokus kepada musik yang fun dan menarik
  • Super Junior-K.R.Y(Kyuhyun, Rye Wook, Yesung)-fokus kepada R&B Ballad style