Saturday, May 14, 2011

Lagi tentang Ryewook...

  1. Bakatnya dikesan ketika dia menyertai CMB Youth ChinChin Festival pada 2004 dan menandatanganni kontrak dengan SM Entertainment tidak lama selepas itu. 
  2. Dilatih untuk menjadi penyanyi, penari, dan pelakon namun Ryewook lebih memberi tumpuan kepada latihan vokal dan penciptaan lagu.
  3. Debut lakonannya adalah di dalam filem sulung Super Junior "Attack on the Pin-Up Boys" sebuah filem misteri komedi yang dilakonkan oleh ahli-ahli Super Junior yang mana Ryewook membawa watak sebagai naib presiden persatuan pelajar dan ini melayakkan dia untuk dicalonkan untuk anugerah Pelakon Pembantu Terbaik dan Pelakon Komedi Terbaik di Pesta Filem Korea.
  4. Ahli yang paling akhir menyertai Super Junior sebelum Kyuhyun dan beberapa minggu sebelum debut  rasmi Super Junior pada 2005.
  5. Menjadi ahli Super Junior K.R.Y pada akhir tahun 2005 dan mereka debut pada 5 November 2006 dan menjadi ahli kepada Super Junior-M pada awal tahun 2008 dan Super Junior-M debut di China pada 8 April 2008.
  6. Turut muncul dalam salah satu lagu K.Will iaitu 'Teardrops' dan merupakan ahli pertama Super Junior yang diberi peluang untuk menyanyi secara solo dalam album keempat Super Junior, Bonamana melalui lagu 'One Fine Spring Day'.
  7. Bakat mencipta lagunya terserlah melalui lagu 'Love You More' yang diselitkan dalam album repackaged Sorry Sorry dimana Ryewook menulis lagu tersebut bersama Sungmin serta menyusun muziknya.

No comments:

Post a Comment