- Pada 2002, dia telah dijumpai oleh agen pencari bakat dari Korea Selatan dan dicadangkan untuk menghadiri audition untuk Starlight Casting System oleh SM Entertainment yang juga merupakan syarikat penaung kepada ramai artis terkenal Korea seperti Shinhwa, BoA dan TVXQ. Selepas menyertai SM Entertainment, Kibum kemudiannya diberi latihan di dalam aspek nyanyian, berlakon, menari, mengacara dan modelling.
- Sebelum debut, Kibum sering dilihat menyertai runway modelling dan muncul dalam iklan-iklan seperti KTF, C&C phone, NF Sonata, OLIVE, My Chew, Ottogi Noddle dan Elite Uniform bersama dengan seniornya iaitu BoA.
- Kibum debut sebagai seorang pelakon pada 21 April 2004 di dalam KBS Drama April Kiss dimana dia membawa watak Han Jungwoo. Kibum juga turut berlakon di dalam KBS Drama Sharp 2 bersama-sama dengan Go Ara dan seorang lagi ahli Super Junior Kim Heechul.
- Kibum kemudiannya debut sebagai ahli Super Junior pada 2005 dan ini memberi kesan kepada karier lakonannya. Namun begitu dia masih ditawarkan peluang untuk berlakon di dalam Marrying a Millionaire dimana dia hanya muncul di dalam satu episod sahaja dengan memegang watak sebagai Kim Younghoon.
- Kibum juga muncul sebagai pelakon utama di dalam MBC daily sitcom Rainbow Romance bersama dengan Kim Heechul untuk 243 episod pada 2006 dan dalam tahun yang sama Kibum turut berlakon di dalam Snow Flower yang ditayangkan di SBS dan ini telah menarik perhatian ramai.
- Filem pertama lakonan Kibum adalah di dalam Attack on the Pin-up Boys yang mana menampilkan semua ahli Super Junior sebagai pelakonnya kecuali Kyuhyun. Di dalam filem ini, Kibum memainkan watak sebagai seorang pelajar sekolah tinggi yang menyiasat segala kejadian misteri yang berlaku di sekolah. Walaupun filem ini tidak mencapai Box-Office, kesemua DVD filem ini laris dijual dan telah memecahkan rekod carta.
Monday, May 23, 2011
Lagi tentang Kibum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment