- Mengakui dia pasti menjadi seorang peguam jika tidak bergelar penyanyi pada hari ini. Minatnya pada bidang muzik telah meranapkan impian keluarganya terutamanya ayahnya yang mahu melihat dia menjadi peguam.
- Minatnya ini mendapat tentangan hebat daripada ayahnya namun mula berlembut hati apabila melihat kesungguhan Kyuhyun. Namun ianya bersyarat dimana Kyuhyun hanya dibenarkan aktif dalam muzik jika dia lulus cemerlang dalam peperiksaan kolej dan berjaya masuk ke universiti, sesuatu yang berjaya ditunaikan oleh Kyuhyun.
- Kyuhyun diterima masuk ke Kyunghee University dan ayahnya membenarkan dia meneruskan aktiviti seninya.
- Mempunyai latarbelakang keluarga yang mementingkan akademik, ayahnya menjalankan bisness berkaitan pendidikan dan mempunyai akademi sendiri dan Kyuhyun didedahkan dengan bidang ini sejak kanak-kanak lagi. Jadi tidak hairan Kyuhyun merupakan pelajar yang pintar terutama dalam mata pelajaran matematik.
- Peminat setia cerita 'Jumong' yang mana cerita ini mempunyai 81 episod dan ditayangkan selama 10 bulan dan dia mengikutinya dengan setia! Dia juga merupakan peminat 'The Big Swindle' dan 'Lovers in Paris'
- Ketika Kyuhyun di kolej, dia pernah menjadi seorang yang 'chubby' dan kemudiannya menjalani diet sebelum debut dan dia menjadi sekurus Eunhyuk namun selepas kemalangan yang menimpanya pada 2007 berat badannya menurun sehingga 20 kg!
- Kyuhyun telah ditimpa kemalangan pada 19 April 2007 ketika pulang dari Super Junior Kiss the Radio show pada malam itu. Pemandu van hilang kawalan terhadap van yang dibawanya dan menyebabkan van tersebut terbalik dan seterusnya mengakibatkan Kyuhyun, Leeteuk, Shindong, Eunhyuk dan 2 lagi pengurus mereka dimasukkan ke hospital.
- Kyuhyun yang duduk di bahagian belakang pemandu mengalami kecederaan yang paling teruk dimana dia mengalami retak tulang pinggang, patah tulang rusuk dan kecederaan muka. Kyuhyun pengsan dan tidak dapat bercakap kerana terlalu terkejut dan telah dimasukkan ke dalam ICU(Unit Rawatan Intensif) selama 6 hari. Kyuhyun juga tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan untuk membantunya bernafas namun dikatakan dia hanya mampu berjalan semula sebulan selepas kemalangan tersebut. Kyuhyun dibenarkan keluar 78 hari selepas kemalangan tersebut iaitu pada 5 Julai 2007.
Monday, June 6, 2011
Lagi tentang Kyuhyun (maknae)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment