Saturday, June 25, 2011

Memperkenalkan diri dalam bahasa Korea

Hari ni kita akan berkongsi sedikit ilmu pengetahuan tentang memperkenalkan diri dalam bahasa Korea. So kepada sesiapa yang nak berkongsi pengalaman or pengetahuan sangat, sangat dialukan...Mari kita hangatkan lagi Korean Wave di Malaysia.. :) Jom belajar bahasa Korea!!!

1. Hello! Hi! - Annyeong (haseyo)!
2. Izinkan kami untuk memperkenalkan diri - Uri sogae halgeyo
3. Bolehkah awak kenalkan kawan awak? - Chingudeul sogae jom hae jullayo?
4. Nama saya.... (nama anda) -Jeoneun....
5. Dimana awak tinggal? - Eodi sarayo?

Friday, June 17, 2011

Pertemuan pertama (2)

Bagi seseorang berjumpa seseorang yang baru dikenali mahupun kawannya ia adalah perkara biasa untuk memanggil mereka dengan panggilan 'awak' tetapi di Korea, anda harus berhati-hati apabila memanggil mereka dengan nama gelaran agar anda tidak dipanggil biadap atau kurang sopan. Kebiasaannya di Korea seseorang akan memanggil kawannya dengan panggilan Neo (ner) atau Dangsin (dahngseen) yang bermaksud 'awak'. Tetapi sebenarnya ia adalah lebih elok sekiranya anda memanggil seseorang yang anda baru kenali atau tidak biasa dengan mereka dengan memanggil nama mereka kemudian ditambah dengan Shi, contohnya Donghae-shi..

Thursday, June 9, 2011

Lagi tentang Kyuhyun (maknae)

  1. Kyuhyun merupakan salah seorang daripada 4 artis Korea yang pertama yang gambarnya tertera di setem negara China, disamping 3 lagi ahli Super Junior yang lain.
  2. Kyuhyun adalah anggota terakhir menyertai Super Junior selepas mendapat tempat ketiga di dalam pertandingan Chin Chin Singing Competition anjuran SM Entertainment pada 2005. Kyuhyun kemudiannya diuji dalam klip video TVXQ 'Hi Ya Ya'.
  3. Kyuhyun tampil buat pertama kalinya bersama Super Junior pada 23 Mei 2006 apabila Super Junior memperkenalkan single terbaru mereka iaitu 'U' dan kemudian muncul buat pertama kali di pentas dalam pertunjukkan I-Concert.
  4. Pada akhir 2006, Kyuhyun bersama dengan Yesung dan Ryewook telah diserap masuk ke dalam satu lagi band sayap Super Junior iaitu Super Junior K.R.Y. Mereka telah muncul untuk pertama kalinya pada 5 November 2006 dalam program KBS's Music Bank.
  5. Pada tahun 2008 pula, Kyuhyun diserap masuk ke dalam satu lagi band sayap Super Junior iaitu Super Junior-M yang membawa lagu-lagu mandarin dan seterusnya mencipta fenomena di Hong Kong dan China. Super Junior-M muncul untuk pertama kalinya di 8th Annual Music Chart Awards pada 8 April 2008 dengan single mereka 'U'. Kepopularan mereka terus melonjak naik apabila mereka memperkenalkan mini-album mereka 'Super Girl' pada September 2009.
  6. Pada Januari 2010, Kyuhyun menampilkan single solonya, Listen to You yang menjadi lagu tema drama Pasta. Ia mendapat sambutan hebat dan menduduki tempat pertama carta lagu popular
  7. Selain itu, Kyuhyun bersama dengan anggota kumpulan TRAX, Jay, Jong Hyun Shinee dan Jino, seorang penyanyi baru telah menubuhkan kumpulan baru SM The Ballad dan album mereka mula dipasarkan pada 29 November 2010. Kyuhyun membawa lagu solo, Love Again. Mereka muncul buat pertama kalinya pada 28 November 2010 di Inkigayo dan mengeluarkan album mereka 'Miss You' pada 29 November 2010.
  8. Pada 5 Ogos 2010, Kyuhyun mengeluarkan lagu solonya yang ketiga 'Hope, a dream that never sleeps' sebagai OST untuk drama popular Kim Tak Goo (Baker King).
  9. Kyuhyun juga mengasah bakat lakonannya di dalam SBS Super Junior Full House(2006), Mnet Super Junior Mini Drama (2006), menyertai TV Show SBS Explorer of the Human Body (2007&2008) dan yang paling baru MBC Super Junior's Foresight (2010).

    Monday, June 6, 2011

    Lagi tentang Kyuhyun (maknae)

    1. Mengakui dia pasti menjadi seorang peguam jika tidak bergelar penyanyi pada hari ini. Minatnya pada bidang muzik telah meranapkan impian keluarganya terutamanya ayahnya yang mahu melihat dia menjadi peguam.
    2. Minatnya ini mendapat tentangan hebat daripada ayahnya namun mula berlembut hati apabila melihat kesungguhan Kyuhyun. Namun ianya bersyarat dimana Kyuhyun hanya dibenarkan aktif dalam muzik jika dia lulus cemerlang dalam peperiksaan kolej dan berjaya masuk ke universiti, sesuatu yang berjaya ditunaikan oleh Kyuhyun. 
    3. Kyuhyun diterima masuk ke Kyunghee University dan ayahnya membenarkan dia meneruskan aktiviti seninya.
    4. Mempunyai latarbelakang keluarga yang mementingkan akademik, ayahnya menjalankan bisness berkaitan pendidikan dan mempunyai akademi sendiri dan Kyuhyun didedahkan dengan bidang ini sejak kanak-kanak lagi. Jadi tidak hairan Kyuhyun merupakan pelajar yang pintar terutama dalam mata pelajaran matematik.
    5. Peminat setia cerita 'Jumong' yang mana cerita ini mempunyai 81 episod dan ditayangkan selama 10 bulan dan dia mengikutinya dengan setia! Dia juga merupakan peminat 'The Big Swindle' dan 'Lovers in Paris'
    6. Ketika Kyuhyun di kolej, dia pernah menjadi seorang yang 'chubby' dan kemudiannya menjalani diet sebelum debut dan dia menjadi sekurus Eunhyuk namun selepas kemalangan yang menimpanya pada 2007 berat badannya menurun sehingga 20 kg!
    7. Kyuhyun telah ditimpa kemalangan pada 19 April 2007 ketika  pulang dari Super Junior Kiss the Radio show pada malam itu. Pemandu van hilang kawalan terhadap van yang dibawanya dan menyebabkan van tersebut terbalik dan seterusnya mengakibatkan Kyuhyun, Leeteuk, Shindong, Eunhyuk dan 2 lagi pengurus mereka dimasukkan ke hospital.
    8. Kyuhyun yang duduk di bahagian belakang pemandu mengalami kecederaan yang paling teruk dimana dia mengalami retak tulang pinggang, patah tulang rusuk dan kecederaan muka. Kyuhyun pengsan dan tidak dapat bercakap kerana terlalu terkejut dan telah dimasukkan ke dalam ICU(Unit Rawatan Intensif) selama 6 hari. Kyuhyun juga tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan untuk membantunya bernafas namun dikatakan dia hanya mampu berjalan semula sebulan selepas kemalangan tersebut. Kyuhyun dibenarkan keluar 78 hari selepas kemalangan tersebut iaitu pada 5 Julai 2007.

      Saturday, June 4, 2011

      Profil ahli Super Junior Kyuhyun (Maknae)


      Nama sebenar: Cho Kyuhyun
      Nama pentas: Kyuhyun
      Tarikh lahir: 3 Februari 1988
      Tinggi: 180 cm
      Berat: 68 kg
      Jenis darah: A
      Nama timangan: Maknae (youngest) on top, Chic Kyu, Lord Kyu, Sulky Kyu, Ham Kyu, Kyuristinao Ronaldo, Fit-in Kyu, Baby Kyu, Shy Kyu, Dark Kyu, S Line Kyu, Doll Kyu, Model Kyu, Instinct Kyu,Captain Cho (diberikan oleh kakaknya) (Kyuhyun dikatakan mempunyai lebih dari 3000 nama timangan) 
      Adik beradik: Kakak (nuna), Cho Ara
      Pendidikan: Shincung Middle School, Yumkwang Highschool, Kyunghee University Global Campus (Major: Post Modern Music)
      Gadis idaman: Cantik
      Lagi tentang Kyuhyun:
      1. Salah satu hobinya adalah untuk tidak mendengar cakap orang lain dan menurut Kyuhyun dia suka membaca ketika menunggu di dalam bilik persalinan sebelum persembahan.
      2. Bila Kyuhyun tidur, selalunya dia akan berdengkur dengan kuat.
      3. Ketika perayaan Krismas, kanak-kanak selalunya akan menggantungkan stokin di depan katil mereka untuk mendapatkan hadiah dari Santa Claus, tetapi menurut Kyuhyun, dia akan menggantungkan seluarnya kerana dia percaya, dengan menggantungkan yang lebih besar, dia akan dapat hadiah yang lebih besar (Witty Kyuhyun)
      4. Sangat suka bermain. Semasa di sekolah dia akan berbincang dengan rakan-rakannya tentang permainan yang dimain dan menurut Kyuhyun dia tidak mempunyai elaun jadi dia akan menghabiskan masa bermain di rumah berbanding keluar bersama rakan-rakannya. Antara permainan yang dimainnya ialah 'Thousand Years/Infinity Gaming (?)', 'Starcraft', 'Diablo' dan yang terbaru ialah 'Sudden Attack'
      5. Warna kegemarannya adalah putih, biru dan hitam.