Tuesday, April 12, 2011

Profil ahli kumpulan Super Junior (Lee Hyuk Jae a.k.a Eunhyuk)


Nama sebenar: Lee Hyuk Jae
Nama pentas: Eunhyuk
Nama timangan: Monyet, Gem Adonis, Little Mermaid, lipas Hallyu Star, Hyojjae, Hyukgoo
Kawan paling rapat: Donghae (mempunyai nama timangan bersama dengan Donghae iaitu: Eun Hae)
Tarikh lahir: 4 April 1986
Tempat lahir: Ilsan, Gyeonggi-do, Korea
Adik beradik: Kakak (Lee Sora)
Tinggi: 176 cm
Berat: 57 kg
Jenis darah: O
Pendidikan: Paichai University
Gadis pilihan: Berkulit cerah dan comel
Lagi tentang Eunhyuk:
  1. Debut sebagai DJ Radio for KBS Super Junior Kiss the Radio (a.k.a Sukira) dengan LeeTeuk pada 21 Ogos 2006.
  2. Ahli kumpulan sub group Super Junior Trot dan baru-baru ini menyertai Super Junior M bersama Sungmin.
  3. Diterima menyertai SM Entertainment pada 2000 apabila dia berjaya dalam uji bakat anjuran SM Entertainment walaupun dia sebenarnya pernah menyertai uji bakat itu pada 1999 tetapi gagal.
  4. Selepas diterima menjadi anak didik SME bersama Sungmin dan Xiah Junsu, Eunhyuk kemudiannya menubuhkan kumpulan dan diberi peluang beraksi dalam persembahan yang dinamakan Heejun vs. Kangta Battle of the Century Pop vs. Rock. Namun kumpulan ini dibubarkan tidak lama kemudian.
  5. Keadaan ini tidak melunturkan semangat Eunhyuk dan akhirnya pada November 2005 tertubuhlah Super Junior dimana Eunhyuk diberi peranan sebagai ketua penari dan rapper.

Wednesday, April 6, 2011

Lagi tentang Pumpkin Guy (Lee Sungmin)

  1. Menyertai Super Junior selepas menjadi juara bersama dengan Donghae dalam pertandingan anjuran SM Entertainment pada 2001.
  2. Pada awal 2007, Sungmin diserapkan di dalam Super Junior T bersama 5 anggota Super Junior yang lain. Super Junior-T  membawa konsep irama trot versi baru dimana mereka amat popular dengan lagu Rokuko. Mereka juga menghasilkan single terbaru berjudul Rokuko yang terjual sebanyak 45,998 unit.
  3. Pada 2008, Sungmin diletakkan pula didalam Super Junior Happy yang menghasilkan album mini, Cooking? Cooking! yang diedarkan pada Jun 2008
  4. Menggantikan Kangin sebagai DJ Reckless Radio dan mengacarakan rancangan tersebut bersama So Young dari Girl Generation pada 2007 dan rancangan ini berakhir pada akhir Julai 2008.
  5. Paling pandai buat aegyo(berlakon comel) dikalangan ahli Super Junior.
  6. Bakat lakonannya bermula apabila dia diberi watak kecil di dalam drama Sea of Sisters sebagai Young Kang Dong-Shin.
  7. Turut muncul dalam teater Finding Lost Time sebagai pelakon undangan (Kawan kepada Micky Yuchun)
  8. Diberi peranan yang agak besar didalam filem pertama Super Junior 'Attack on the Pin-Up Boys' iaitu seorang 'pretty school boy' yang kemudiannya diserang oleh penjenayah yang tidak diketahui.
  9. Lee Sung Chul, Bi, dan Kang Ta merupakan penyanyi yang paling diminati.
  10. Jepun dan Australia menjadi tumpuan Sungmin untuk pergi melancong.
  11. Piano merupakan harta keduanya yang paling berharga.
  12. Perkataan kegemarannya ialah 'Saranghae=love'
  13. Ingin menjadi seorang artis kerana Sungmin sangat meminati muzik.
  14. Mampu bertutur dalam bahasa Jepun dan mempunyai kemahiran dalam seni mempertahankan diri dan sering menunjukkannya di dalam persembahan Super Junior.

Tuesday, April 5, 2011

Profil ahli kumpulan Super Junior (Sungmin)

 

Nama sebenar: Lee Sungmin
Nama pentas: Sungmin
Tarikh lahir: 1 Januari 1986
Tempat Lahir: Seoul, Korea
Tinggi: 175cm
Berat: 57 kg
Jenis darah: A
Zodiak: Capricorn
Ahli keluarga: Mak, ayah, adik lelaki (Lee Sungjin)
Pendidikan: Myongji University (Pendidikan Muzik)
Warna kegemaran: Pink 
Nama timangan: Pumpkin Guy, Sungmin Who's Too Cute for Us
Hobi: Menonton wayang, persembahan seni bela diri China, bermain muzik dan fotografi
Bila ditanya mengenai Super Junior, jawapan Sungmin ialah 'Super Junior is a theme park'