Wednesday, April 6, 2011

Lagi tentang Pumpkin Guy (Lee Sungmin)

  1. Menyertai Super Junior selepas menjadi juara bersama dengan Donghae dalam pertandingan anjuran SM Entertainment pada 2001.
  2. Pada awal 2007, Sungmin diserapkan di dalam Super Junior T bersama 5 anggota Super Junior yang lain. Super Junior-T  membawa konsep irama trot versi baru dimana mereka amat popular dengan lagu Rokuko. Mereka juga menghasilkan single terbaru berjudul Rokuko yang terjual sebanyak 45,998 unit.
  3. Pada 2008, Sungmin diletakkan pula didalam Super Junior Happy yang menghasilkan album mini, Cooking? Cooking! yang diedarkan pada Jun 2008
  4. Menggantikan Kangin sebagai DJ Reckless Radio dan mengacarakan rancangan tersebut bersama So Young dari Girl Generation pada 2007 dan rancangan ini berakhir pada akhir Julai 2008.
  5. Paling pandai buat aegyo(berlakon comel) dikalangan ahli Super Junior.
  6. Bakat lakonannya bermula apabila dia diberi watak kecil di dalam drama Sea of Sisters sebagai Young Kang Dong-Shin.
  7. Turut muncul dalam teater Finding Lost Time sebagai pelakon undangan (Kawan kepada Micky Yuchun)
  8. Diberi peranan yang agak besar didalam filem pertama Super Junior 'Attack on the Pin-Up Boys' iaitu seorang 'pretty school boy' yang kemudiannya diserang oleh penjenayah yang tidak diketahui.
  9. Lee Sung Chul, Bi, dan Kang Ta merupakan penyanyi yang paling diminati.
  10. Jepun dan Australia menjadi tumpuan Sungmin untuk pergi melancong.
  11. Piano merupakan harta keduanya yang paling berharga.
  12. Perkataan kegemarannya ialah 'Saranghae=love'
  13. Ingin menjadi seorang artis kerana Sungmin sangat meminati muzik.
  14. Mampu bertutur dalam bahasa Jepun dan mempunyai kemahiran dalam seni mempertahankan diri dan sering menunjukkannya di dalam persembahan Super Junior.

No comments:

Post a Comment