- Bakat lakonannya mula diasah apabila dia mula berlakon di dalam Super Junior Horror Documentary Mystery 6 yang ditayangkan pada awal 2006 dimana di dalam cerita tersebut dia melakonkan watak seseorang yang boleh melihat hantu.
- Donghae juga berlakon sebagai seorang manusia yang bertukar menjadi cyborg di dalam Music Video BoA, "Key of Heart" yang membawa kepada debutnya yang pertama di dalam music video.
- Donghae debut sebagai seorang pelakon secara rasminya apabila dia berlakon di dalam filem pertama Super Junior "Attack on the Pin-Up Boys" pada Julai 2007 dimana dia memegang watak sebagai kawan rapat dan kawan sekelas Kim Kibum seorang pelajar sekolah tinggi yang menyiasat misteri serangan terhadap beberapa orang pelajar sekolah tinggi di bandar itu.
- Turut muncul di dalam Music Video "Kissing You" oleh Girl Generation pada akhir 2007.
- Muncul di dalam iklan pencuci muka Happy Bubble bersama Kyuhyun dan aktress Han Ji Min pada Ogos 2009.
- Muncul dalam Music Video Ariel Lin's Firefly bersama Siwon pada awal 2009.
- Pada Oktober 2009, Donghae berlakon sebagai kekasih Zhang Li Yin dalam Music Video Li Yin "Moving On".
- Baru-baru ini berlakon di dalam SBS Drama "It's Okay, Daddy Daughter" sebagai Choi Wook Ki, adik bongsu dari tiga orang adik beradik lelaki yang ditayangkan pada pertengahan November 2010.
- Telah dijadualkan untuk berlakon di dalam Drama Taiwan Extravagant Challenge (Tradisional Chinese) bersama Ivy Chen dan Siwon sebagai salah seorang dari tiga karakter utama. Ia merupakan adaptasi dari Japanese manga Skip Beat! oleh Yoshiki Nakamura.
- Selalu memakai topi.
- Donghae sangat menyukai kanak-kanak dan anak anjing.
- Dia nampak seperti seorang yang dingin tetapi sebenarnya seorang yang baik hati. Dia adalah seorang yang disenangi oleh orang disekelilingnya.
- Suka menceritakan perkara-perkara yang tidak masuk dek akal hanya untuk membuatkan orang disekelilingnya ceria dan gembira.
- Bila 'abang-abangnya' moody, dia akan memasakkan 'ramyun' (noodle) untuk mereka.
- Bila dia berjenaka dengan 'abang-abangnya' dia juga tidak akan menggunakan kata hormat (tak panggil 'hyung-abang' dah, panggil nama je).
- Sentiasa ingat hari jadi 'abang-abangnya' dan pernah menangis apabila diberitahu oleh Eunhyuk dan Junsu (ahli TVXQ) yang hidupnya akan berubah sebaik sahaja dia menjadi artis.
- Selalu menangis bila di telefon dengan ibu bapanya. (sekarang bapanya telah tiada).
- Suka menonton wayang terutamanya wayang dari negara lain. Peminat kepada Son Hye Gyo. Pernah mengatakan dia tidak suka berpeluk tapi dari banyak gambar-gambar yang diambil boleh dilihat yang Donghae memang suka berpeluk.
- Bila bersama dengan Lee Hyuk Jae (Eunhyuk) dia sangat manja dan comel. Malah dia dan Eunhyuk mempunyai nama timangan mereka sendiri iaitu EunHae (Eun-Eunhyuk, Hae-Donghae) tetapi kerana takut dimarahi dengan Siwon, maka satu lagi nama timangan diwujudkan EunSiHae, nama timangan untuk Eunhyuk, Siwon dan Donghae.
- Donghae mengatakan antara perkara yang paling menggembirakannya ialah menjadi sebahagian ahli kumpulan Super Junior.
Tuesday, April 26, 2011
Lagi tentang Lee Donghae
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment