Friday, April 15, 2011

Lagi tentang Eunhyuk

1. Bakatnya telah terserlah sejak zaman kanak-kanak lagi apabila melihat kakaknya yang selalu berlatih untuk persembahan bakat di sekolah. Ini membakar semangat Eunhyuk untuk mencuba dan pada tahun selepas itu dia dan rakan-rakannya mengambil bahagian di dalam persembahan tarian.
2. Selain daripada menjadi ketua penari dan rapper bagi kumpulan Super Junior, Eunhyuk juga bertindak sebagai penulis lirik rap kepada kebanyakan lagu Super Junior. Antaranya ialah lagu 'Show Me Your Love' nyanyian kumpulan TVXQ yang dicipta bersama dengan Leeteuk dan Shindong. Malah lirik lagu 'One Love' juga merupakan hasil nukilannya. Lagu baru didalam album Bonamana iaitu 'A Short Journey' juga merupakan hasil tangannya.
3. Merupakan ahli tetap di dalam rancangan Star King dan Kang Shim Jang (Strong Heart) dan pengacara untuk rancangan Super Junior ForeSight bersama Leeteuk dan Kyuhyun (2010)
4. Menggantikan tempat Kangin di dalam mengacarakan Mnet M!Countdown pada akhir 2006 bersama dengan Leeteuk dan Shindong. Malah Eunhyuk turut menjadi DJ bagi rancangan Super Junior's Kiss the Radio (SUKIRA) satu rancangan yang mempromosikan music Korea. Rancangan ini telah bermula pada 21 Ogos 2006 dan menjadi salah satu rancangan radio yang paling didengari ramai. Walaubagaimanapun Eunhyuk berhenti mengacarakan rancangan ini pada 28 Februari 2011 untuk memberi fokus pada Super Junior M dan berjanji akan kembali ke rancangan ini selepas 3 bulan.
5. Bakat lakonannya terserlah di dalam filem Attack on the Pin-up Boys (Filem pertama Super Junior) pada 2007, Rainbow Romance (2006), We Got Married (2008-artis undangan untuk pasangan Alex dan Shin Ae bersama Leeteuk) dan Dream High (2011)

No comments:

Post a Comment