- Ketika kecil Donghae amat berminat untuk menjadi seorang pemain bola sepak tetapi niat ayahnya yang menginginkan dia untuk menjadi seorang penyanyi menyebabkan dia menukar haluan .
- Pada 2001 dia meminta izin ayahnya untuk menyertai satu uji bakat dan ayahnya dengan senang hati memberikan wang saku kepada Donghae. Walaupun berat hati untuk meninggalkan kampung halamannya, Mokpo dan berhijrah ke Seoul namun kerana ingin memenuhi hasrat ayahnya, Donghae tetap meneruskan niatnya untuk berhijrah.
- Pengorbanan Donghae nyata tidak sia-sia apabila dia berjaya dalam uji bakat tersebut dan diterima menyertai SME dan diberi latihan dalam menyanyi, menari dan berlakon.
- Donghae kemudiaannya disertai dengan beberapa pelatih SME antaranya Leeteuk diserap masuk ke dalam kumpulan antaranya 'Smile', 'OK' dan 'Pricor' namun semuanya berkubur.
- Namun pada 2005 Super Junior dibentuk dan Donghae merupakan antara anggota terawal menyertai kumpulan itu. Super Junior kemudiannya memenangi anugerah Kumpulan Baru Terbaik pada 2006 dan malangnya kejayaan ini tidak dapat dikongsi Donghae bersama bapanya kerana bapanya meninggal dunia beberapa bulan sebelum anugerah itu.
Sunday, April 24, 2011
Lagi tentang Lee Donghae
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment