Tuesday, May 3, 2011

Lagi tentang Choi Siwon

  1. Generasi awal Super Junior dan merupakan ahli kumpulan Super Junior-M
  2. Dalam KBS's Win-Win (Korean Variety Show) yang baru-baru ini, Siwon ada menyatakan jika dia diberi peluang untuk menginsurankan anggota badannya, dia ingin menginsuranskan bulu keningnya.
  3. Suka membaling pakaian kotornya ke dalam laundry basket dengan gaya membaling bola jaring. (dan ini perkara ini selalu diajuk oleh Donghae)
  4. Pandai meniru suara Andre Kim.
  5. Ahli Super Junior yang paling suka buat 'hand gesture'. 
  6. Popular dengan wataknya di dalam 'A battle of wits' sebagai Putera Liang Shi bersama dengan Andy Lau, filem sejarah Hong Kong 2006.
  7. Menyertai uji bakat yang ditawarkannya secara rahsia tanpa pengetahuan keluarganya kerana keluarganya merupakan orang yang berpegang kuat kepada agama.
  8. Setelah berjaya dalam uji bakat itu barulah Siwon memberitahu keluarganya dan walaupun ayahnya membenarkan dia menyertai bidang seni, ayahnya langsung tidak memberi wang saku untuk perbelanjaan Siwon dan ini menyebabkan dia terpaksa berdikari dan tinggal di asrama yang telah disediakan oleh majikannya.
  9. Turut berlakon di dalam Filem pertama Super Junior 'Attack on the Pin-up Boys'
  10. Dia juga turut popular di dalam drama televisyen dimana antara drama yang pernah dibintanginya ialah 'Eighteen, Twenty Nine' (2005), 'Precious Family' (2005), 'Spring Waltz' (2006), 'Legend of Hyang Dan' (2007), 'Stage of Youth' (2009), 'Oh My Lady' (2010) 'Athena:Goddess of War (2010) dan 'Extravagant Challenge' (2011-sedang dalam pembikinan)
  11. Memenangi 'SBS Drama Awards: New Star Awards' hasil lakonannya sebagai Sung Ming Woo dalam 'Oh My Lady' pada 2010.
  12. Ahli Super Junior yang paling kaya dan diikuti oleh Sungmin. Ayahnya, Choi Ki Ho merupakan CEO Boryung Pharmaceutical Group dan bekerja untuk Hanhwa Distribution Group.
  13. Leeteuk pernah bergurau dengan mengatakan di dalam kebanyakan gambar Super Junior, Siwon akan diletakkan di tengah-tengah untuk memberi impression kepada semua orang yang Super Junior terdiri daripada ahli kumpulan yang handsome-handsome.
  14. Siwon juga selalu muncul di dalam pelbagai katalog dan iklan. Dia turut menjadi model bersama f(x), kumpulan artis perempuan pada 3 Mac 2010 di dalam Andre Kim fashion show dan menerima banyak pujian dan perhatian media. Dia juga menjadi model kepada banyak jenama-jenama terkenal seperti Armani, Lacoste, Gucci, Evisu dan bermacam-macam lagi jenama. Baru-baru ini dia menjadi model untuk SK Telesys 'Reaction' smart phone dan lain-lain iklan telefon.

    Sunday, May 1, 2011

    Profil ahli kumpulan Super Junior (Choi Siwon)

    Nama sebenar: Choi Siwon
    Nama pentas: Si Won
    Tarikh lahir: (Tarikh lahir yang didaftarkan adalah 10 Februari 1987 tetapi Siwon sebenarnya lahir pada 7 April 1986)
    Tempat lahir: Seoul, Korea
    Adik-beradik: Adik perempuan, Choi Jiwon
    Pendidikan: Hyun Dae High School, Inha University (seni teater)
    Tinggi: 183cm
    Berat: 65 kg
    Jenis darah: B
    Nama timangan: Simba, #1 Fan of the LORD, bodyguard, gentleman, horse
    Hobi: Menyanyi, menari, menonton wayang, taekwondo, bermain dram dan permainan komputer
    Pekerjaan: Penyanyi, pelakon dan model
    Bahasa: Boleh berbahasa Korea dan Mandarin, Kantonese dan Jepun (tetapi tidak berapa fasih)
    Tentang Siwon: Merupakan salah seorang dari empat artis Korea pertama yang mukanya terpampang di setem untuk negara China selain Donghae, Ryewook dan Kyuhyun.

    Tuesday, April 26, 2011

    Lagi tentang Lee Donghae

    1. Bakat lakonannya mula diasah apabila dia mula berlakon di dalam Super Junior Horror Documentary Mystery 6 yang ditayangkan pada awal 2006 dimana di dalam cerita tersebut dia melakonkan watak seseorang yang boleh melihat hantu.
    2. Donghae juga berlakon sebagai seorang manusia yang bertukar menjadi cyborg di dalam Music Video BoA, "Key of Heart" yang membawa kepada debutnya yang pertama di dalam music video.
    3. Donghae debut sebagai seorang pelakon secara rasminya apabila dia berlakon di dalam filem pertama Super Junior "Attack on the Pin-Up Boys" pada Julai 2007 dimana dia memegang watak sebagai kawan rapat dan kawan sekelas Kim Kibum seorang pelajar sekolah tinggi yang menyiasat misteri serangan terhadap beberapa orang pelajar sekolah tinggi di bandar itu.
    4. Turut muncul di dalam Music Video "Kissing You" oleh Girl Generation pada akhir 2007.
    5. Muncul di dalam iklan pencuci muka Happy Bubble bersama Kyuhyun dan aktress Han Ji Min pada Ogos 2009.
    6. Muncul dalam Music Video Ariel Lin's Firefly bersama Siwon pada awal 2009.
    7. Pada Oktober 2009, Donghae berlakon sebagai kekasih Zhang Li Yin dalam Music Video Li Yin "Moving On".
    8. Baru-baru ini berlakon di dalam SBS Drama "It's Okay, Daddy Daughter" sebagai Choi Wook Ki, adik bongsu dari tiga orang adik beradik lelaki yang ditayangkan pada pertengahan November 2010.
    9. Telah dijadualkan untuk berlakon di dalam Drama Taiwan Extravagant Challenge (Tradisional Chinese) bersama Ivy Chen dan Siwon sebagai salah seorang dari tiga karakter utama. Ia merupakan adaptasi dari Japanese manga Skip Beat! oleh Yoshiki Nakamura.
    10. Selalu memakai topi.
    11. Donghae sangat menyukai kanak-kanak dan anak anjing.
    12. Dia nampak seperti seorang yang dingin tetapi sebenarnya seorang yang baik hati. Dia adalah seorang yang disenangi oleh orang disekelilingnya.
    13. Suka menceritakan perkara-perkara yang tidak masuk dek akal hanya untuk membuatkan orang disekelilingnya ceria dan gembira.
    14. Bila 'abang-abangnya' moody, dia akan memasakkan 'ramyun' (noodle) untuk mereka.
    15. Bila dia berjenaka dengan 'abang-abangnya' dia juga tidak akan menggunakan kata hormat (tak panggil 'hyung-abang' dah, panggil nama je).
    16. Sentiasa ingat hari jadi 'abang-abangnya' dan pernah menangis apabila diberitahu oleh Eunhyuk dan Junsu (ahli TVXQ) yang hidupnya akan berubah sebaik sahaja dia menjadi artis.
    17. Selalu menangis bila di telefon dengan ibu bapanya. (sekarang bapanya telah tiada).
    18. Suka menonton wayang terutamanya wayang dari negara lain. Peminat kepada Son Hye Gyo. Pernah mengatakan dia tidak suka berpeluk tapi dari banyak gambar-gambar yang diambil boleh dilihat yang Donghae memang suka berpeluk.
    19. Bila bersama dengan Lee Hyuk Jae (Eunhyuk) dia sangat manja dan comel. Malah dia dan Eunhyuk mempunyai nama timangan mereka sendiri iaitu EunHae (Eun-Eunhyuk, Hae-Donghae) tetapi kerana takut dimarahi dengan Siwon, maka satu lagi nama timangan diwujudkan EunSiHae, nama timangan untuk Eunhyuk, Siwon dan Donghae.
    20. Donghae mengatakan antara perkara yang paling menggembirakannya ialah menjadi sebahagian ahli kumpulan Super Junior.