Saturday, May 14, 2011

Lagi tentang Ryewook...

  1. Bakatnya dikesan ketika dia menyertai CMB Youth ChinChin Festival pada 2004 dan menandatanganni kontrak dengan SM Entertainment tidak lama selepas itu. 
  2. Dilatih untuk menjadi penyanyi, penari, dan pelakon namun Ryewook lebih memberi tumpuan kepada latihan vokal dan penciptaan lagu.
  3. Debut lakonannya adalah di dalam filem sulung Super Junior "Attack on the Pin-Up Boys" sebuah filem misteri komedi yang dilakonkan oleh ahli-ahli Super Junior yang mana Ryewook membawa watak sebagai naib presiden persatuan pelajar dan ini melayakkan dia untuk dicalonkan untuk anugerah Pelakon Pembantu Terbaik dan Pelakon Komedi Terbaik di Pesta Filem Korea.
  4. Ahli yang paling akhir menyertai Super Junior sebelum Kyuhyun dan beberapa minggu sebelum debut  rasmi Super Junior pada 2005.
  5. Menjadi ahli Super Junior K.R.Y pada akhir tahun 2005 dan mereka debut pada 5 November 2006 dan menjadi ahli kepada Super Junior-M pada awal tahun 2008 dan Super Junior-M debut di China pada 8 April 2008.
  6. Turut muncul dalam salah satu lagu K.Will iaitu 'Teardrops' dan merupakan ahli pertama Super Junior yang diberi peluang untuk menyanyi secara solo dalam album keempat Super Junior, Bonamana melalui lagu 'One Fine Spring Day'.
  7. Bakat mencipta lagunya terserlah melalui lagu 'Love You More' yang diselitkan dalam album repackaged Sorry Sorry dimana Ryewook menulis lagu tersebut bersama Sungmin serta menyusun muziknya.

Monday, May 9, 2011

Lagi tentang Ryewook...

  1. Suka makan ais krim, kimchi dengan nasi goreng, strawberi bersalut coklat.
  2. Suka dapat free make up samples.
  3. Tidak pernah membawa payung.
  4. Boleh bermain piano dengan baik.
  5. Mudah menangis.
  6. Pernah hilang kasut semasa persembahan Miracle.
  7. Tidak pernah seterika jeans yang baru dibeli.
  8. Mempunyai tahi lalat di pipi sebelah kanan tapi ia tidak kelihatan apabila dia memakai make-up.
  9. Suka memberitahu orang apa yang dimakannya pada hari tersebut.
  10. Ahli ke-2 dalam Super Junior yang most outgoing selepas Kangin
  11. Menulis lagu logo radio untuk Kangin dan Yesung.
  12. Boleh bercakap 'broken' english.
  13. Mengelarkan dirinya sebagai ahli Super Junior yang paling muda walaupun sebenarnya dia lebih tua beberapa bulan dari Kibum dan ini adalah sebelum Kyuhyun menyertai Super Junior pada Mei 2006.

Thursday, May 5, 2011

Profil ahli kumpulan Super Junior (Kim Rye-wook)


Nama sebenar: Kim Rye-wook
Nama pentas: Ryewook, turut dikenali sebagai Lixu
Tarikh lahir: 21 Jun 1987
Tempat lahir: Seoul, Korea
Tinggi: 173 cm
Berat: 53 kg
Jenis darah: O
Nama timangan: Ryewook On Top, Ex-maknae, Ryeonggo, Eternal Maknae(youngest)
Pendidikan: Universiti Inha (Department of Drama & Cinema)
Gadis idaman: Seseorang yang boleh menyanyi dengan baik
Tentang Ryewook:
  1. Merupakan salah seorang daripada 4 vocalist utama di dalam Super Junior.
  2. Anggota kumpulan Super Junior K.R.Y dan Super Junior M.
  3. Salah seorang daripada 4 orang artis Korea yang pertama muncul di setem negara China selain dari Siwon, Donghae, dan Kyuhyun.
  4. Ahli ketiga yang paling muda di dalam Super Junior (Kyuhyun yang paling muda diikuti dengan Kibum dan seterusnya Ryewook)
  5. Boleh tidur sehingga 18 jam sehari.
  6. Paling rendah dikalangan ahli Super Junior, lebih rendah dari Donghae dan Sungmin (175cm).