Sunday, February 27, 2011

Profil Ketua kumpulan Super Junior (Lee Teuk)

Profil Ketua Kumpulan Super Junior (Lee Teuk)



Nama sebenar: Park Jun Su
Nama pentas: Lee Teuk(bermaksud "istimewa")/Eee Teuk(secara tidak rasmi)
Nama china: Li Te/Lay Duk
Tarikh lahir: 1 Julai 1983
Asal: Seoul, Korea
Jenis darah: A
Tinggi: 178 cm
Berat: 59 kg
Ahli keluarga: Ibu ayah, dan Kakak(Park In Young)
Gelaran: "Angel without wings"/Angel Teuki. Turut digelar oleh Hee Chul sebagai "Peter Pan" kerana dia adalah seorang "angel" dan "Peter Pan" seorang yang boleh terbang.
Skil istimewa: Bermain piano, mendengar musik, dan  menggubah lagu.
Warna kegemaran: Putih
Bakatnya ditemui: oleh seorang pencari bakat di Myeong Dong, Korea dan dia diminta untuk menghadiri uji  bakat untuk Starlight Casting System yang kemudiannya menandatangani kontrak dengan SM Entertainment pada tahun yang sama.

Friday, February 25, 2011

Tarikh perayaan Chuseok

Berikut merupakan tarikh perayaan Chuseok mengikut takwim Gregorian
  • 6 Okt 2006
  • 25 Sepetember 2007
  • 14 Septemebr 2008
  • 3 Okt 2009
  • 22 Sept 2010
  • 12 Sept 2011
  • 30 Sept 2012
  • 19 Sept 2013
  • 8 Sept 2014
  • 27 Sept 2015
  • 15 Sept 2016
  • 4 Okt 2017
  • 24 Sept 2018
Sehari sebelum Chuseok dan sehari selepasnya adalah hari kelepasan umum di Korea Selatan.

Wednesday, February 23, 2011

Hari kesyukuran masyarakat Korea-Chuseok

Hari kesyukuran masyarakat Korea atau Perayaan Chuseok merupakan hari penting masyarakat Korea yang mana ia disambut pada hari ke 15 dalam bulan ke 8 menurut kalendar lunar masyarakat Korea. Chuseok beerti Hari kebesaran dalam pertengahan bulan Ogos sebagai menyambut musim menuai. Perayaan ini amat istimewa bagi masyarakat Korea di mana pada hari itu mereka akan kembali ke kampung halaman masing-masing untuk menziarahi makam nenek moyang mereka.

Tuesday, February 22, 2011

Bentuk muka bumi Korea

Di Korea, 70% muka buminya terdiri daripada gunung-ganang, bukit-bukau, dan dataran tinggi. Dataran tinggi yang terkenal di Korea adalah Gaemagowon yang dipanggil sebagai 'Bumbung Korea atau Roof of Korea' dan ia terletak di sudut barat laut Korea. Gunung-ganang yang rendah terdapat banyak di daerah selatan manakala pergunungan yang lebih tinggi terdapat di bahagian utara dan timur. Dataran rendah dan perairan sungai di Korea banyak yang terletak di bahagian barat dan selatan.

Pergunungan yang tinggi terletak sepanjang jalur pergunungan Taebaek yang terbentang dari utara menuju pantai timur Korea. Beberapa gunung tinggi di jalur pergunungan Taebaek antara lain ialah Nangnimsan (2.014 m), Geumgangsan (1.638 m), Seoraksan (1.708 m), dan juga Taebaeksan (1.567 m). Terdapat juga pergunungan Sobaek yang mana terletaknya gunung Jirisan (1.915 m).


Monday, February 21, 2011

Bahasa Korea

Bahasa yang digunakan di Korea adalah bahasa Korea. Penulisan bahasa Korea dinamakan Hangeul. Hangeul dicipta oleh Raja Sejong pada abad ke-15. Hangeul terdiri dari 10 huruf vokal dan 14 konsonan yang boleh dikombinasikan dan seterusnya boleh dicipta menjadi banyak huruf-huruf dalam bahasa Korea. Hangeul sangat mudah dibaca dan dipelajari. Hangeul juga dianggap sebagai bahasa tulisan yang paling scientific dan sistematik di dunia.
Pelajaran bahasa Korea hari ini: Annyeonghaseyo bermaksud anda apa khabar?

Sunday, February 20, 2011

Budaya masyarakat Korea dari segi pembahagian harta

Dikatakan pembahagian harta dalam masyarakat Korea amat adil dimana semua anak tanpa mengira lelaki mahupun perempuan diberikan jumlah harta yang sama banyak dengan adik-beradiknya yang lain. Tapi ia tidak selalu terjadi dimana kebanyakan ibu bapa memberikan lebih banyak jumlah harta kepada anak yang paling tua.

Saturday, February 19, 2011

Budaya masyarakat Korea tentang keturunan

Dalam budaya masyarakat Korea, keturunan atau anak dianggap anugerah yang paling tidak ternilai dari tuhan. Oleh itu, setiap keluarga disarankan mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak. Disebabkan budaya mereka yang amat menghormati anugerah dari tuhan ini, pengguguran yang secara sengaja akan diberikan hukuman yang berat, iaitu hukuman mati kepada wanita yang melakukan pengguguran itu dan orang yang terlibat juga akan dihukum. Akan tetapi, kesalahan ini tidak akan dihukum dengan hukuman mati, kecuali dibahagian kawasan pedalaman Korea di mana adat masih dipegang kuat oleh penduduk disana.