Friday, February 11, 2011

Sedikit tentang sejarah Korea Selatan

Selepas akhir Perang Dunia Kedua pada 1945, kuasa besar dunia telah membahagikan Korea kepada dua pengaruh, dan pada 1948 negara ini dipecahkan kepada 2 kerajaan, iaitu Korea Utara yang berfahaman Komunis dan Korea Selatan yang berfahaman Pro-Amerika Syarikat. Oleh itu Sejarah Korea Selatan bermula dengan rasminya pada 15 Ogos 1948. Ibu kota dan bandar terbesar Korea Selatan ialah Seoul yang merupakan pusat kewangan global dan pusat kebudayaan dan bandar metropolitan kedua terbesar di dunia! Korea Selatan mempunyai 6 bandar metropolitan dan mempunyai 8 wilayah. Nak tahu lebih lanjut? Jom melawat Korea!

No comments:

Post a Comment