Perkara pertama yang dibuat oleh orang Korea apabila berjumpa dengan orang yang pertama kalinya dijumpa, pada pemerhatian saya ialah, mereka akan bertanyakan nama dan seterusnya umur orang yang pertama kali dijumpa itu. Ini mungkin disebabkan dengan kepercayaan mereka yang amat menghormati orang yang lebih tua. Apabila mereka sedar orang yang dijumpai mereka itu ialah orang yang lebih tua dari mereka, mereka akan menggunakan gelaran untuk memanggil orang itu. Mungkin pada mereka memanggil orang yang lebih tua dari mereka dengan menggunakan nama sahaja agak kurang sopan.
No comments:
Post a Comment