Tuesday, February 15, 2011

Super Junior (e-buran hari ini)

Salah satu faktor yang membawa kepada kegilaan saya terhadap Korea ialah kumpulan boy band dari Korea iaitu Super Junior yang telah diuruskan oleh Lee Su Man, Pengasas SM Entertainment. Super Junior telah 'debut' pada November 2005 dengan ahli seramai 12 orang, tetapi pada Mei 2006, mereka menambah seorang lagi ahli iaitu Kyuhyun(maknae-youngest) menjadikan mereka boy band paling ramai ahli di DUNIA! Berikut merupakan sedikit fakta tentang ahli kumpulan Super Junior. Umur yang diberi mengikut budaya Korea, kerana mereka percaya sebaik sahaja seorang bayi lahir, mereka telah berumur 1 tahun. Lee Teuk(ketua)-29 tahun, Hee Chul-29 tahun, Hankyung-29 tahun(bekas ahli kumpulan), Yesung-28 tahun, Kangin-27 tahun,(sedang mengikuti military service sejak Mei 2010-akan keluar 2 tahun kemudian), Shindong-27 tahun, Sungmin-26 tahun, Eunhyuk-26 tahun, Donghae-26 tahun, Siwon-25 tahun, Ryewook-25 tahun, Kibum-25 tahun dan yang paling muda, Kyuhyun-24 tahun(correct me if i'm wrong, ok. Thanks!)

No comments:

Post a Comment