- Pada 2002, dia telah dijumpai oleh agen pencari bakat dari Korea Selatan dan dicadangkan untuk menghadiri audition untuk Starlight Casting System oleh SM Entertainment yang juga merupakan syarikat penaung kepada ramai artis terkenal Korea seperti Shinhwa, BoA dan TVXQ. Selepas menyertai SM Entertainment, Kibum kemudiannya diberi latihan di dalam aspek nyanyian, berlakon, menari, mengacara dan modelling.
- Sebelum debut, Kibum sering dilihat menyertai runway modelling dan muncul dalam iklan-iklan seperti KTF, C&C phone, NF Sonata, OLIVE, My Chew, Ottogi Noddle dan Elite Uniform bersama dengan seniornya iaitu BoA.
- Kibum debut sebagai seorang pelakon pada 21 April 2004 di dalam KBS Drama April Kiss dimana dia membawa watak Han Jungwoo. Kibum juga turut berlakon di dalam KBS Drama Sharp 2 bersama-sama dengan Go Ara dan seorang lagi ahli Super Junior Kim Heechul.
- Kibum kemudiannya debut sebagai ahli Super Junior pada 2005 dan ini memberi kesan kepada karier lakonannya. Namun begitu dia masih ditawarkan peluang untuk berlakon di dalam Marrying a Millionaire dimana dia hanya muncul di dalam satu episod sahaja dengan memegang watak sebagai Kim Younghoon.
- Kibum juga muncul sebagai pelakon utama di dalam MBC daily sitcom Rainbow Romance bersama dengan Kim Heechul untuk 243 episod pada 2006 dan dalam tahun yang sama Kibum turut berlakon di dalam Snow Flower yang ditayangkan di SBS dan ini telah menarik perhatian ramai.
- Filem pertama lakonan Kibum adalah di dalam Attack on the Pin-up Boys yang mana menampilkan semua ahli Super Junior sebagai pelakonnya kecuali Kyuhyun. Di dalam filem ini, Kibum memainkan watak sebagai seorang pelajar sekolah tinggi yang menyiasat segala kejadian misteri yang berlaku di sekolah. Walaupun filem ini tidak mencapai Box-Office, kesemua DVD filem ini laris dijual dan telah memecahkan rekod carta.
Monday, May 23, 2011
Lagi tentang Kibum
Thursday, May 19, 2011
Profil ahli Super Junior Kim Kibum
Nama sebenar: Kim Ki Bum
Nama pentas: Kibum
Nama cina: Ji Fan
Tarikh lahir: 21 Ogos 1987
Tempat lahir: Seoul, Korea.
Tinggi: 179 cm
Berat: 63 kg
Jenis darah: A
Keluarga: Ibu dan ayah, 1 brother, 1 sister
Nama timangan: Snow White (diberi oleh Heechul)
Gadis impian: Han Ga In
Pekerjaan: Penyanyi, pelakon, penari dan model.
Hobi: Berlatih menyanyi dan menari, mendengar muzik
IQ: 138
Saiz kasut: 270 cm
Keistimewaan Kibum: Kemampuannya untuk melakukan rapping di dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana dia dibesarkan di California, Amerika Syarikat selepas keluarganya berhijrah ke sana ketika Kibum berusia 10
tahun
Graduate dari Santa Monica High School di California, Amerika Syarikat
Bila bad mood: dia akan bercakap dengan kawan-kawannya
Bila good mood: dia akan bermain komputer games
Warna kegemaran: Pink
Makanan kegemaran: Semuanya terutama Dokboggi
Impiannya ketika kecil ialah menjadi seorang President
Impiannya sekarang ialah menjadi seorang Celebrity
Saturday, May 14, 2011
Lagi tentang Ryewook...
- Bakatnya dikesan ketika dia menyertai CMB Youth ChinChin Festival pada 2004 dan menandatanganni kontrak dengan SM Entertainment tidak lama selepas itu.
- Dilatih untuk menjadi penyanyi, penari, dan pelakon namun Ryewook lebih memberi tumpuan kepada latihan vokal dan penciptaan lagu.
- Debut lakonannya adalah di dalam filem sulung Super Junior "Attack on the Pin-Up Boys" sebuah filem misteri komedi yang dilakonkan oleh ahli-ahli Super Junior yang mana Ryewook membawa watak sebagai naib presiden persatuan pelajar dan ini melayakkan dia untuk dicalonkan untuk anugerah Pelakon Pembantu Terbaik dan Pelakon Komedi Terbaik di Pesta Filem Korea.
- Ahli yang paling akhir menyertai Super Junior sebelum Kyuhyun dan beberapa minggu sebelum debut rasmi Super Junior pada 2005.
- Menjadi ahli Super Junior K.R.Y pada akhir tahun 2005 dan mereka debut pada 5 November 2006 dan menjadi ahli kepada Super Junior-M pada awal tahun 2008 dan Super Junior-M debut di China pada 8 April 2008.
- Turut muncul dalam salah satu lagu K.Will iaitu 'Teardrops' dan merupakan ahli pertama Super Junior yang diberi peluang untuk menyanyi secara solo dalam album keempat Super Junior, Bonamana melalui lagu 'One Fine Spring Day'.
- Bakat mencipta lagunya terserlah melalui lagu 'Love You More' yang diselitkan dalam album repackaged Sorry Sorry dimana Ryewook menulis lagu tersebut bersama Sungmin serta menyusun muziknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

