Tuesday, March 15, 2011

Ahli baru U-Kiss

Kepada Kiss Me(U-Kiss fan club), adakah anda tahu yang U-Kiss telah bertukar ahli? Kim Kibum dan Alexander telah meninggalkan U-Kiss pada hujung bulan lepas dan tempat mereka telah diganti oleh seorang ahli baru yang bernama Hoon, dia berkelulusan Sarjana Pengajian Teater dari Universiti Dong Guk, mempunyai ketinggian 1.8 meter, seorang atlit taekwando dan pernah muncul dalam drama 'Athena' sebagai pengawal keselamatan presiden. Hmmm sayangnya Kibum dan Alex tinggalkan U-Kiss, kan bagus kalau diaorang masih kekal bersama dengan U-Kiss. Kalau ada sesiapa yang tahu kenapa mereka tinggalkan U-Kiss, bolehlah kongsikan disini.

No comments:

Post a Comment