Tuesday, March 22, 2011

Lagi tentang Kangin

  1. Menyertai Super Junior selepas memenangi tempat pertama pertandingan SM Youth Best Contest musim keempat pada tahun 2002
  2. Suka kecantikan semulajadi,  katanya bahagian kaki tidak boleh dibuat pembedahan, oleh itu dia suka perempuan yang berkaki cantik
  3. Pernah diletakkan di dalam satu kumpulan yang dinamakan Four Seasons yang mana setiap ahli  (Kangin, Heechul, Hero dan U-Know) mewakili setiap musim setahun. Namun kumpulan ini dibubarkan apabila Hero dan U-Know diserap masuk ke dalam kumpulan TVXQ (DongBangShinKi) pada Disember 2003
  4. Kangin dan Heechul kemudiannya diserap masuk ke dalam satu kumpulan baru, Super Junior dan terpaksa menunggu selama 2 tahun iaitu pada November 2005 untuk muncul pertama kali di rakaman album dan pentas
  5. Ahli kumpulan Super Junior T dan Super Junior Happy
  6. Sebelum menjadi ahli Super Junior, Kangin telah terlebih dahulu debut sebagai Pengacara Televisyen, Radio dan Pelakon Drama
  7. Selepas debut sebagai ahli Super Junior, Kangin menjadi ahli tetap di dalam rancangan MBC variety show untuk para artis yang dinamakan "Image Survival sehingga Februari 2006
  8. Rajin menyertai banyak variety show dan kadang-kadang menjadi ahli tetap untuk jangka masa yang pendek seperti dalam variety show Love Triangle, Star King, KBS Vitamin dan MBC Driving School bersama LeeTeuk sebagai ahli tetap
  9. Dikatakan mempunyai gaji yang paling tinggi di kalangan ahli Super Junior kerana kerajinannya menyertai banyak TV Show dan pengacaraan TV
  10. Lakonan pertamanya adalah di dalam filem 'Attack on the Pin-Up Boys yang mana hampir keseluruhan ahli Super Junior berlakon di dalam filem ini iaitu pada 2007
  11. Pernah menyertai 'We Got Married' dari Disember 2008 hingga Mei 2009 dan 'mengahwini' pelakon Lee Yoon Ji
  12. Menjadi hos bagi 2 rancangan hiburan televisyen yang popular Sunday Sunday Night Dong-An Club dan Nothing Is Impossible
  13. Muncul sebagai pelakon undangan dalam drama 'A Man and A Woman' pada 2005 dan pada 2006 melalui sitkom 'Rainbow Romance' Turut tampil sebagai pelakon undangan dalam drama 'Billie Jean, Look At Me'

No comments:

Post a Comment