Saturday, March 5, 2011

Lagi tentang Kim Hee Chul

Lagi tentang Kim Hee Chul:

  1. Bakatnya ditemui di Starlight Casting System pada Oktober 2002 dimana dia menyertai uji bakat bersama rakannya. walaupun dia tiba agak lambat ke tempat uji bakat, dia masih berjaya dalam uji bakat tersebut kerana tariannya. 
  2. Hee-Chul telah di tempatkan di dalam satu projek kumpulan yang dipanggil '4 Seasons' dimana kumpulan ini melibatkan Jaejoong, Yunho dan Kangin. Tetapi kumpulan ini tidak dapat ditubuhkan kerana Jaejoong dan Yunho menyertai kumpulan TVXQ yang 'debut' pada Disember 2003. Hee-Chul dan Kangin kemudiannya diletakkan di dalam Super Junior bersama 10 lagi pelatih yang lain di bawah syarikat yang sama 
  3. Kemunculan pertama: Lakonan pertamanya adalah di dalam Drama remaja 'Banolim 2
  4. Tidur 4 jam sehari
  5. Pernah terlibat dalam kemalangan pada 10 Ogos 2006 sebaik pulang dari pengebumian ayah Lee Donghae(ahli kumpulan Super Junior)
  6. Mempunyai seekor kucing Russian Blue yang dinamakan Hanjheebum sempena nama Hankyung, Typhoons of the trax, Hee Chul dan Kibum. Ia dihadiahkan oleh seseorang peminat dan berharga sekitar $500 ke $800
  7. Baru-baru ini seorang peminat telah membelikan sebutir bintang di angkasa lepas dan dinamakan dengan nama HeeChul. Ini menyebabkan HeeChul sangat terharu.


No comments:

Post a Comment