Saturday, March 12, 2011

Lagi tentang Yesung

  1. Pada 10 Mei 2008, dia telah dimasukkan ke dalam hospital kerana pengsan semasa menyertai marathon amal sejauh 70 kilometer.
  2. Pada 8 Ogos kemudiannya, dia sekali lagi dimasukkan ke hospital apabila terjatuh dari pentas setinggi 1.5 meter ketika melakukan rehearsal untuk konsert Music Bank. Kemalangan ini menyebabkan kecederaan lama di pinggang dan leher berulang kembali.
  3. Menyumbang lagu di dalam drama Korea, Cinderella's Stepsister (It has to be you), dan Tazza (Love really hurts).
  4. Mengacarakan program radio M.I.R.A.C.L.E For You yang mana ahli-ahli Super Junior selalu muncul sebagai tetamu. Namun terpaksa menamatkan program ini untuk menumpukan perhatian kepada album kedua Super Junior, Don't Don. Program radio ini ditamatkan secara rasminya pada 8 September 2007.
  5. Pada 6 November 2009, dia menggantikan tempat Jonghyun di dalam persembahan Shinee untuk lagu Ring Ding Dong kerana Jonghyun telah jatuh sakit.
  6. Mempunyai tangan yang kecil.
  7. Ciuman pertamanya adalah ketika tahun ke-2 High School.
  8. Ingin pergi ke Kanada.
  9. Kariernya dalam bidang lakonan bermula dengan filem Attack on the Pin-Up Boys.
  10. Menjadi ahli Super Junior dengan rasminya pada 6 November 2005.

No comments:

Post a Comment